Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Marsiling Cares’ tingkat hidup golongan memerlukan

Apr 5, 2025 | 5:30 AM
Encik Zaqy Mohamad (tengah) berinteraksi dengan penduduk Marsiling yang hadir bagi program Marsiling Cares Januari lalu.
Encik Zaqy Mohamad (tengah) berinteraksi dengan penduduk Marsiling yang hadir bagi program Marsiling Cares Januari lalu. - Foto BH oleh KHALID BABA

Setiap bulan, seramai 2,000 penduduk flat rumah sewa akan berhimpun dan ‘membeli-belah’ barang dapur untuk mereka bawa pulang secara percuma.

Pilihan luas yang tersedia termasuk bahan memasak seperti minyak, telur, beras dan sayur-sayuran segar.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Marsiling Cares yang dilancarkan pada 2019 bagi tujuan membantu golongan memerlukan di daerah Marsiling.

Enam tahun sudah berlalu dan program itu tetap giat dijalankan, malah digelar Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee sebagai cara “membina semangat kampung yang baru di antara penduduk flat rumah sewa.”

Ditemui baru-baru ini di kedai makan Al-Ameen Eating Corner di Marsiling, Encik Zaqy berkata:

“Kami juga gunakan kesempatan ini untuk mengenali mereka dengan mendalam. Dengan kerjasama pegawai dan relawan, kami cuba membantu mereka pada ketika itu sendiri - jika mereka ada hal, ingin kemukakan rayuan dan sebagainya. Ia seolah-olah macam sesi bertemu penduduk (MPS) setiap bulan untuk penduduk flat sewa.”

Encik Zaqy, yang baru satu penggal berkhidmat di GRC Marsiling-Yew Tee setelah dipindahkan dari GRC Chua Chu Kang, berkata demografik penduduk di Marsiling beza dengan di Chua Chu Kang.

Di Chua Chu Kang, katanya, terdapat banyak flat empat bilik dan ke atas, justeru profil penduduk dan demografiknya lebih kepada golongan berpendapatan lebih tinggi.

Bezanya di Marsiling, sebahagian besar penduduk menetap di rumah sewa.

“Di Marsiling memang kita dikenali sebagai estet perumahan yang mempunyai flat sewa yang terbanyak sekali. Kami mempunyai hampir 2,000 flat sewa di Marsiling. Itu menjadi keutamaan kami.

“Kami prihatin terhadap profil ini bukan sahaja berkenaan urusan dan keperluan mereka setiap hari, tetapi juga bagaimana kami dapat membangunkan generasi akan datang, perkembangkan kemajuan mereka dalam ekonomi Singapura atau dari segi pekerjaan dan sebagainya,” ujar Encik Zaqy yang juga Timbalan Ketua Dewan.

Beliau juga giat mendekati keluarga muda bersama anak-anak kecil yang menetap di rumah sewa.

“Kami juga mahu mereka mencari jalan di mana mereka dapat keluar daripada rumah sewa kepada flat yang dibeli,” katanya.

Dalam membantu golongan ini, Marsiling menyediakan program ComLink dan ComLink+ yang dapat memperkasa keluarga berpendapatan rendah menuju ke arah kestabilan dan mobiliti sosial.

Di bawah usaha ComLink+, Encik Zaqy berkata antara perkembangan baru yang boleh dijangka penduduk tahun ini adalah kontena berdekatan Blok 180C bagi menyediakan ruang untuk anak-anak belajar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg