Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hong Kong: Menteri S’pura telah mohon maaf atas kenyataan tidak wajar

Nov 22, 2025 | 3:06 PM
Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik David Neo, bercakap kepada pasukan bola sepak nasional selepas kemenangan 2-1 ke atas Hong Kong pada 18 November.
Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik David Neo, bercakap kepada pasukan bola sepak nasional selepas kemenangan 2-1 ke atas Hong Kong pada 18 November. - Foto DAVID NEO/INSTAGRAM

HONG KONG: Pihak berkuasa di Hong Kong berkata seorang menteri Singapura telah memohan maaf selepas menggelar pemain bola sepak Hong Kong dan penyokongnya sebagai “bodoh” (idiot) selepas perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Kai Tak, Hong Kong.

Singapura menundukkan Hong Kong 2-1 dalam perlawanan itu, sekali gus menempah kelayakan ke Piala Asia 2027 yang adakan diadakan di Arab Saudi.

Kenyataan Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik David Neo, kepada pemain sejurus selepas perlawanan tersebut mengalihkan tumpuan daripada keputusan bersejarah itu kepada dirinya sendiri.

Ini adalah kali pertama Singapura melayakkan diri ke pertandingan peringkat benua itu, lebih empat dekad sejak ia beraksi semasa menjadi tuan rumah pada 1984.

Encik Neo telah “menyampaikan permohonan maaf melalui e-mel” kepada pegawai hal sukan dan budaya, Cik Rosanna Law, kata Biro Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Hong Kong dalam satu e-mel pada 21 November.

Encik Neo, yang sedang memuji pasukan Singapura di bilik persalinan selepas perlawanan telah berkata: “Anda menghadapi tekanan daripada mereka, semua penyokong itu sangat bodoh, sehingga para pemain juga bermain seperti orang bodoh… Tetapi kamu semua bermain seperti singa.“

Memberi respons kepada komen seorang pengguna Instagram yang mencadangkan kata-katanya itu “langsung tidak wajar”, Encik Neo berkata beliau “sepatutnya lebih beradab”; dan berkata: “Saya menarik balik apa yang saya katakan” selepas kenyataannya mencetuskan kritikan.

Cik Law berkata kejadian itu tidak akan menjejaskan hubungan sukan dan budaya yang telah lama terjalin antara Hong Kong dengan Singapura. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg