Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hong Tat angkat sumpah sebagai Menteri Pengangkutan

Jan 23, 2024 | 6:02 PM
ANGKAT SUMPAH: Encik Chee Hong Tat angkat sumpah sebagai Menteri penuh, dirasmikan Presiden Tharman Shanmugaratnam di Istana pada 23 Januari.
ANGKAT SUMPAH: Encik Chee Hong Tat angkat sumpah sebagai Menteri penuh, dirasmikan Presiden Tharman Shanmugaratnam di Istana pada 23 Januari. - Foto MCI

Encik Chee Hong Tat mengangkat sumpah sebagai Menteri penuh dalam satu upacara yang dirasmikan Presiden Tharman Shanmugaratnam di Istana pada 23 Januari.

Pada 18 Januari, Encik Chee telah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Kedua Kewangan menyusuli peletakan jawatan mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran.

Pada 12 Julai 2023, Encik Chee dilantik sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, sambil berkhidmat sebagai Menteri Negara Kanan (Kewangan), ekoran ketiadaan Iswaran yang sedang disiasat oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Sebelum ini, Encik Chee telah dilantik sebagai Menteri Negara Kanan (Pengangkutan) pada 27 Julai 2020 dan sebagai Menteri Negara Kanan (Kewangan) pada 13 Jun 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg