Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Hong Tat dilantik Menteri Pengangkutan, Grace Fu ambil alih tugas Iswaran di MTI

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hong Tat dilantik Menteri Pengangkutan, Grace Fu ambil alih tugas Iswaran di MTI

Jan 18, 2024 | 02:26 PM



Bermula 18 Januari, Encik Chee Hong Tat akan dinaikkan pangkat menjadi Menteri penuh dan dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.

Encik Chee juga akan dilantik sebagai Menteri Kedua Kewangan.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pula akan menggalas tugas tambahan sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan.

Demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan berikutan pengumuman perletakan jawatan oleh mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran.

Iswaran ditangkap pada 11 Julai 2023 sebagai sebahagian siasatan yang dijalankan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Dia kini berdepan 27 tuduhan termasuk berkaitan rasuah.

Dia dilantik sebagai Menteri Pengangkutan sejak Mei 2011 dan sudah berkhidmat dalam politik selama 27 tahun sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC West Coast.

Sepanjang siasatan CPIB, dia disuruh oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, untuk mengambil cuti panjang.

Encik Chee dilantik sebagai Menteri Negara Kanan (Pengangkutan) pada 27 Julai 2020 dan pada masa yang sama dilantik secara serentak sebagai Menteri Negara Kanan (Kewangan) sekitar dua tahun kemudian.

Semasa ketiadaan Iswaran, Encik Chee telah menggalas tugas sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, sementara tugas dan tanggungjawabnya sebagai AP diambil alih oleh AP GRC West Coast yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >