Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Iswaran letak jawatan; tolak dakwaan dan mahu bersih nama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran letak jawatan; tolak dakwaan dan mahu bersih nama

Jan 18, 2024 | 01:06 PM



Mantan Menteri Pengangkutan, S Iswaran, telah meletak jawatan sebagai Menteri Kabinet, Anggota Parlimen (AP) dan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP), umum Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada 18 Januari.

Ini selepas Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) memberi notis mengenai tuduhan jenayah kepada Iswaran pada 16 Januari, kata Encik Lee dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Iswaran telah menulis kepada Encik Lee pada 17 Januari untuk mengumumkan keputusan meletak jawatan.

Dalam satu kenyataan kepada media, Iswaran berkata beliau menghantar surat meletak jawatan itu meskipun dia tidak diminta berbuat demikian.

“Saya menolak dakwaan dalam pertuduhan itu dan kini akan memberi tumpuan kepada usaha membersihkan nama saya. Memandangkan keadaan ini, saya rasa wajar untuk saya meletakkan jawatan daripada Kabinet, sebagai Anggota Parlimen dan sebagai ahli PAP,” tulis Iswaran.

Iswaran menerima sebanyak 27 tuduhan di mahkamah pada 18 Januari, antaranya atas kesalahan berkait rasuah.

Encik Lee berkata Iswaran telah menulis kepadanya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Kabinet, anggota PAP dan AP GRC West Coast, selepas mantan menteri itu diberitahu tentang tuduhan tersebut secara rasmi oleh CPIB pada 16 Januari.

Encik Lee juga berkata Iswaran pada 17 Januari menyatakan dia akan memulangkan semua wang yang telah diterima dalam bentuk gajinya sebagai menteri dan elaun AP sejak CPIB melancarkan siasatan pada Julai 2023.


“Memandangkan Iswaran kini sudah meletak jawatan, dia mulai sekarang tidak akan menerima sebarang gaji atau elaun daripada pemerintah,” kata Encik Lee lagi.


Kenyataan PMO turut menunjukkan kedua-dua surat dikirim Iswaran kepada Encik Lee bertarikh 16 dan 17 Januari.

Dalam kenyataan Iswaran kepada media, dia turut berkata: “Saya amat bersedih kerana tidak lagi berkhidmat kepada penduduk GRC West Coast.

“Saya berbesar hati dapat berkhidmat kepada mereka sepanjang 26 tahun yang lalu di samping sekumpulan pemimpin dan aktivis akar umbi yang sangat berdedikasi.”

Kata Iswaran lagi, beberapa bulan kebelakangan ini adalah yang paling sukar untuknya sekeluarga.

“Saya terutamanya berterima kasih kepada keluarga saya atas kasih sayang mereka yang berkekalan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

“Saya sekeluarga amat terharu dengan sokongan, budi baik dan dorongan berterusan daripada rakan-rakan dan sahabat-sahabat kami,” kata Iswaran.

Dalam suratnya pada 16 Januari, Iswaran, selain mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan, turut berkata dia menolak pendakwaan dalam tuduhan yang diterimanya selepas CPIB mendakwanya atas beberapa kesalahan.


Iswaran berkata dia kini akan memberi tumpuan terhadap “membersihkan namanya”.


Dalam suratnya sehari kemudian, Iswaran berkata dia akan memulangkan semua wang yang telah diterimanya menerusi gajinya sebagai Menteri dan elaunnya sebagai AP sejak CPIB melancarkan siasatan pada Julai 2023.


Iswaran bertulis: “Saya lakukan ini walaupun saya menolak tuduhan itu dan tidak bersalah.”


“Keluarga saya telah memutuskan untuk memulangkan wang itu sebab kami rasa, kami tidak boleh menerima manfaat daripadanya ketika saya tidak dapat, atas sebab siasatan, melakukan tugas saya sebagai menteri dan Anggota Parlimen.


“Ia juga yang terbaik dilakukan bagi Singapura dan bagi memastikan standard ketelusan tinggi pemerintah.


“Jadi sudah tentu, saya tidak berhasrat meminta wang itu dipulangkan jika, saya yakin akan dibebaskan daripada tuduhan,” tulis Iswaran lagi.


Encik Lee, dalam satu surat bertarikh 17 Januari berkata beliau telah menerima kedua-dua surat itu dan telah dimaklumkan keputusannya bagi meletak jawatan dan memulangkan wang tersebut.


Menulis kepada Iswaran, Encik Lee berkata beliau rasa kecewa dan sedih terhadap rakan kerjanya itu yang meninggalkan politik dalam keadaan tersebut.


“Tetapi ia penting bagi saya menguruskan hal seperti ini dengan tegas dan sejajar dengan undang-undang negara,” katanya.


“Ia adalah perbuatan yang terbaik. Kami perlu berpegang teguh pada ketelusan parti dan pemerintah.”


Encik Lee menambah: “Saya pasti anda memahami kepentingan berbuat demikian. 


“Warga Singapura mengharapkan tidak kurang daripada itu.”


Dalam pada itu, Encik Chee Hong Tat, yang sebelum ini Pemangku Menteri Pengangkutan, dinaik pangkat sebagai Menteri Pengangkutan dan dilantik sebagai Menteri Kedua Kewangan berkuat kuasa pada 18 Januari, kata PMO dalam satu kenyataan berasingan.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pula akan memikul tanggungjawab serentak sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan, lantas mengambil alih tugas Iswaran dalam Kementerian Perdagangan dan Perusahaan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >