Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hong Tat: Kecederaan di tempat kerja industri pengangkutan, logistik turun pada 2023

Aug 20, 2024 | 8:26 PM
(Dari kiri) Pengerusi SMRT, Encik Seah Moon Ming; Ketua Operasi Bas SMRT dan Pengurus Besar Strides Digital, Encik James Liew; dan Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, sedang meninjau ciri-ciri telematik bas yang dipertingkatkan seperti Sistem Anti-Kepenatan dan Sistem Bantuan Pemandu Maju yang dipaparkan semasa Forum Kontraktor SMRT Tahunan 2024 yang diadakan di Orchid Country Club pada 20 Ogos.
(Dari kiri) Pengerusi SMRT, Encik Seah Moon Ming; Ketua Operasi Bas SMRT dan Pengurus Besar Strides Digital, Encik James Liew; dan Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, sedang meninjau ciri-ciri telematik bas yang dipertingkatkan seperti Sistem Anti-Kepenatan dan Sistem Bantuan Pemandu Maju yang dipaparkan semasa Forum Kontraktor SMRT Tahunan 2024 yang diadakan di Orchid Country Club pada 20 Ogos. - Foto ST

Kadar kecederaan di tempat kerja dalam sektor pengangkutan dan logistik telah menurun pada 2023 kepada 1,097 kes bagi setiap 100,000 pekerja, berbanding 1,204 kes bagi setiap 100,000 pekerja pada 2022.

Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, memberikan statistik tersebut semasa berucap di Forum Keselamatan Kontraktor SMRT yang diadakan di Grand Ballroom Orchid Country Club pada 20 Ogos.

Sejak 2020, pengendali perkhidmatan awam SMRT mencatatkan kadar kecederaan di tempat kerja purata sebanyak 648 kes bagi setiap 100,000 pekerja setiap tahun.

Kadar tersebut berada di bawah kadar industri pengangkutan dan logistik negara.

Secara keseluruhan, kadar kematian di tempat kerja di Singapura pada 2023 adalah 0.99 bagi setiap 100,000 pekerja – turun daripada 1.3 pada 2022.

Tidak mengambil kira gangguan berkaitan Covid-19 pada 2020, ini adalah kali pertama kadar kematian di tempat kerja turun di bawah satu bagi setiap 100,000 pekerja.

Berucap kepada 200 hadirin daripada 90 syarikat kontraktor dan agensi luar di forum tersebut, Encik Chee memberikan tiga saranan bagi mempertingkatkan lagi aspek keselamatan di tempat kerja.

Ia adalah menetapkan piawaian dan membina keupayaan untuk keseluruhan ekosistem dan bukan hanya di peringkat syarikat individu; menggunakan teknologi untuk meningkatkan keselamatan di tempat kerja; dan mengiktiraf bahawa amalan keselamatan di tempat kerja yang baik adalah penting untuk perniagaan.

“Kami ingin memastikan bahawa kami menjaga setiap pekerja kami dengan baik supaya semua dapat pulang dengan selamat kepada orang yang tersayang selepas bekerja,” kongsi Encik Chee.

Namun, beliau berkata menanamkan kesedaran keselamatan dan amalan kerja yang selamat mungkin bukan perkara semula jadi bagi perniagaan.

Ini memandangkan mereka sering mempunyai kebimbangan mengenai kos dan kekurangan sumber untuk melaksanakannya.

SMRT mengatakan bahawa sejak Januari 2024, mereka telah menetapkan keperluan bagi vendor untuk memegang sijil bizSAFE Tahap Tiga atau lebih tinggi daripada Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH), yang merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Sekitar 90 peratus vendor pengendali perkhidmatan awam SMRT kini memegang sijil bizSAFE Tahap Tiga atau lebih tinggi daripada WSH.

Ini berbanding dengan 75 peratus vendor SMRT pada 2023.

Bagi vendor yang mendapatkan sijil bizSAFE Tahap Tiga, ia mengiktiraf bahawa sesebuah syarikat telah menjalankan penilaian risiko untuk setiap aktiviti dan proses kerja di tempat kerja mereka, selaras dengan keperluan dalam Peraturan WSH (Pengurusan Risiko).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg