Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hong Tat: Pembersihan limpahan minyak perlukan lebih banyak masa

Jun 20, 2024 | 5:05 PM
Banyak kemajuan telah dicapai dalam pembersihan limpahan minyak yang berlaku pada 14 Jun, tetapi ia masih memerlukan sedikit masa lagi sebelum minyak itu dapat dibersihkan sepenuhnya, kata Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.
Banyak kemajuan telah dicapai dalam pembersihan limpahan minyak yang berlaku pada 14 Jun, tetapi ia masih memerlukan sedikit masa lagi sebelum minyak itu dapat dibersihkan sepenuhnya, kata Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat. - Foto ZAOBAO

Banyak kemajuan telah dicapai dalam pembersihan limpahan minyak yang berlaku pada 14 Jun.

Namun, ia masih memerlukan sedikit masa lagi sebelum minyak itu dapat dibersihkan sepenuhnya, kata Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Memberi perkembangan terkini menerusi hantaran di Facebook pada 20 Jun, Encik Chee berkata pelbagai agensi sedang bekerjasama untuk menangani limpahan tersebut.

Ia kini sedang memberi tumpuan membersihkan tompokan minyak dan kilauan dari air dan darat yang boleh dilihat melalui pengawasan dron dan pengimejan satelit.

“Operasi pembersihan akan mengambil sedikit masa dan saya harap orang ramai dan perniagaan yang terjejas akibat kejadian ini dapat memahaminya.

“Dalam fasa seterusnya, kita perlu membuang minyak yang terdampar, seperti yang terdapat pada benteng batu yang terkena limpahan minyak.

“Setakat ini, tompokan minyak di bahagian utara Terminal Pasir Panjang, lokasi tumpahan minyak, telah dibersihkan sejak 18 Jun,” ujar Encik Chee.

Pada 14 Jun, sebuah bot pengorek Belanda, Vox Maxima, melanggar kapal tangki minyak Singapura, Marine Honor, yang tidak bergerak di Terminal Pasir Panjang, menyebabkan 400 tan minyak bocor ke dalam laut.

Limpahan minyak itu telah mengalir dan mengotorkan garis pantai di Taman East Coast, Hutan Simpanan Labrador, Keppel Bay, Kepulauan Selatan dan Sentosa.

Sejak itu, pelbagai agensi, termasuk rakan industri dan sukarelawan, telah berkumpul dan tampil untuk membersihkan kawasan dan memantau kesan limpahan minyak itu.

Ia termasuk Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks), agensi air negara PUB, Agensi Makanan Singapura (SFA), Penguasa Tanah Singapura (SLA), dan Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC).

Langkah-langkah pencegahan juga telah ditetapkan di luar Changi East, serta kawasan sensitif biodiversiti di kawasan paya Chek Jawa di Pulau Ubin, Taman Pulau Serangoon (Pulau Coney) dan Taman Pasir Ris.

“Alat pembendung minyak juga diletakkan di kawasan lain yang terjejas seperti di luar pantai Siloso, Palawan dan pantai Tanjong di Sentosa, serta Hutan Simpanan Labrador dan Selat Cooper.

“Alat pembendung minyak juga telah digunakan di Marsh Garden di Taman West Coast, serta kawasan biodiversiti sensitif di Tanah Paya Chek Jawa di Pulau Ubin, Taman Pulau Serangoon (Pulau Coney) dan Taman Pasir Ris, walaupun tiada minyak didapati di lokasi-lokasi ini,” kata Encik Chee.

Sehingga 19 Jun pada 5 petang, tiada minyak didapati di pantai Changi dan Taman Pasir Ris.

Di Taman East Coast, sebahagian besar kesan limpahan minyak di pantai telah dibersihkan.

Sebahagian besar kesan limpahan dari Hutan Simpanan Labrador dan pantai di Tanah Merah juga telah dibersihkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg