Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Hospital baru di Tengah awal 2030-an; tambahan 4,000 katil di hospital awam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital baru di Tengah awal 2030-an; tambahan 4,000 katil di hospital awam

Mar 06, 2024 | 06:56 PM



Sebuah hospital besar dan masyarakat bersepadu baru di kawasan Tengah kini sedang dirancang bagi memenuhi keperluan penjagaan penduduk di bahagian barat negara, dengan ia disasarkan siap dibina pada awal 2030-an.

Apabila siap kelak, hospital baru itu akan dikendalikan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (MOH) akan meningkatkan kapasiti hospital awam dengan tambahan 4,000 katil menjelang 2030 bagi memenuhi keperluan penduduk.

Berhubung hospital baru di Tengah itu, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya di Parlimen pada 6 Mac, berkata:

“Kami baru sahaja siap membina satu hospital di bahagian utara, Woodlands Health, sedang membina satu lagi di bahagian timur, dan sedang memperluaskan SGH (Hospital Besar Singapura) di kawasan pusat. Oleh itu, hospital awam baru yang seterusnya harus terletak di bahagian barat.

“Kami merancang menempatkannya di Bandar Tengah, yang merupakan sebuah pusat penduduk baru. Ia akan melengkapi hospital-hospital semasa di bahagian barat.”

Dengan hospital baru di Tengah itu dan juga Kampus Hospital Besar Timur, Singapura akan mempunyai sebanyak 13 hospital akut awam dan 12 hospital masyarakat pada awal 2030-an.

Encik Ong semasa perbahasan COS kementeriannya turut memberi maklumat terkini dalam usaha mempertingkat kapasiti hospital.

Terdapat lebih 11,000 katil hospital awam yang sedia ada hari ini, dan MOH merancang meningkatkan kapasiti dengan tambahan 4,000 katil menjelang 2030, kata Encik Ong.

Ini termasuk sehingga 700 katil yang akan disediakan Woodlands Health pada 2024 dan 2025.

Hospital Besar Sengkang dan Hospital Masyarakat Outram pula dijangka menambah sekitar 350 katil pada 2026 dengan mengubah ruang bukan klinikal menjadi wad hospital.

Pada 2027, Pusat Penjagaan Elektif di SGH pula dijangka dibuka dengan 300 katil.

Dua hospital lain, Hospital Alexandra yang dibangunkan semula dan Kampus Hospital Besar Timur baru di Bedok North, akan secara berperingkat membuka ruang baru antara 2028 dengan 2030.

Walaupun rancangan sedang dijalankan untuk meningkatkan kapasiti, Encik Ong berkata Singapura tidak harus terperangkap dalam pemikiran “membina hospital” apabila memikirkan tentang kapasiti.

Beliau menambah bahawa terdapat potensi memperkukuh khidmat penjagaan di luar hospital, dan di dalam masyarakat.

Ini termasuk menyediakan lebih banyak pendanaan bagi hospital masyarakat, menjadikan Jagaan Pesakit Mudah Alih di Rumah (MIC@Home) yang menawarkan pilihan kepada pesakit dijaga di rumah sendiri berbanding wad hospital satu khidmat aliran utama, dan menggalak orang ramai menggunakan khidmat teleperubatan.

“Tidak semua pesakit memerlukan penjagaan khusus yang lebih terperinci dan pemantauan berterusan di hospital sepanjang rawatan mereka. Ramai memerlukan penjagaan pemulihan, dengan jaminan bahawa bantuan perubatan tambahan tetap ada dan terletak berdekatan,” kata Encik Ong.

“Itu sebabnya kami membina lebih banyak hospital masyarakat untuk pesakit yang tidak sakit teruk dan pesakit pemulihan, dan Kemudahan Penjagaan Sementara bagi pesakit yang sedang menanti aturan penjagaan jangka panjang,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >