Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

MediShield Hayat disemak agar bil terus dimampui

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MediShield Hayat disemak agar bil terus dimampui

Mar 06, 2024 | 04:35 PM



Perlindungan di bawah MediShield Hayat akan disemak bagi memastikan bil perubatan besar terus dimampui dan ia turut merangkumi rawatan baru.

Premium skim insurans kesihatan nasional bagi rakyat Singapura itu juga dijangka naik.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata Majlis MediShield Hayat akan selesai menjalankan semakan itu dalam separuh kedua 2024. Beliau berkata demikian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya di Parlimen pada 6 Mac,

MediShield Hayat adalah sebuah pelan insurans kesihatan asas dan mandatori yang dilancarkan pada November 2015 untuk melindungi semua rakyat Singapura daripada bil perubatan besar sepanjang hayat, tidak kira keadaan kesihatan mereka.

Ia membantu rakyat Singapura membayar bil perubatan besar di wad kelas B2 dan C, iaitu wad bersubsidi, dan bertujuan meliputi sembilan daripada 10 bil bersubsidi.

Bagaimanapun, Encik Ong berkata bil hospital semakin tinggi, iaitu telah meningkat 5 peratus setiap tahun di hospital awam dan 7 peratus setiap tahun di hospital privet antara 2016 dengan 2021.

“Akibatnya, bahagian bil bersubsidi yang dilindungi secukupnya oleh MediShield Hayat telah berkurangan kepada sekitar lapan daripada 10 dan dijangka terus berkurangan.

“Kesan praktikalnya ialah lebih ramai pesakit bersubsidi menyaksikan bil hospital yang tidak disangka-sangka besar. Dan selepas subsidi dan MediShield Hayat, masih ada komponen bil yang perlu dibayar menggunakan wang sendiri yang besar.

“Ketika inilah kos penjagaan kesihatan lebih tinggi mula menggigit,” kata beliau.

Sebagai sebahagian semakan itu, Majlis MediShield Hayat akan meneliti had tuntutan skim insurans itu bagi rawatan di hospital dan pembedahan kecil (day surgery) untuk meliputi sembilan daripada 10 bil bersubsidi.

Encik Ong berkata peningkatan agak ketara dalam had tuntutan dijangka.

Misalnya, dalam situasi melibatkan prosedur angioplasti – sten digunakan bagi membuka arteri tersumbat – dan pesakit perlu tinggal beberapa malam di Unit Jagaan Rapi (ICU), had tuntutan mungkin perlu digandakan.







Encik Ong berkata had tuntutan bagi rawatan seperti dialisis ginjal perlu dinaikkan bagi mengurangkan perbelanjaan pesakit.

Majlis itu akan juga melihat cara mempertingkat perlindungan bagi pesakit luar dan memperluas perlindungan kepada lebih banyak jenis penjagaan pesakit luar.

Beliau juga mendedahkan bahawa antara rawatan pesakit luar paling mahal ialah bagi penyakit barah, dengan Kementerian Kesihatan (MOH) menghadapi cabaran dek kos rawatannya meningkat secara tidak terkawal.

Oleh itu, MOH baru-baru ini telah menyemak pembiayaan ubat-ubatan barah dan memperkenal perubahan yang membolehkan pemerintah merundingkan harga lebih rendah. Hasilnya, harga ubat barah yang diluluskan telah berkurangan, ada hingga 60 peratus.

Encik Ong juga berkata Majlis MediShield Hayat akan juga menimbangkan langkah memperluas perlindungan skim insurans itu untuk merangkumi rawatan baru, khususnya Produk Terapi Sel, Tisu dan Gen (CTGTP).

Pada dasarnya, rawatan baru itu melibatkan pengekstrakan darah pesakit, mengajar dan melengkapi sel dalam darah untuk menyasar dan membunuh, contohnya, sel barah, dan kemudian memasukkan semula sel ke dalam tubuh pesakit bagi menjalankan fungsinya.


Meskipun teknologi rawatan baru itu menjanjikan dan sedang pesat berkembang, ia masih baru dan kosnya sangat tinggi – boleh menelan belanja daripada beberapa ribuan dolar hingga jutaan dolar setiap rawatan, kata Encik Ong.

“Kami mahu mula merangkumkan CTCTP di bawah perlindungan MediShield Hayat. Namun, kami perlu menyediakan perlindungan demi memastikan pembiayaan CTCTP adalah mampan.

“Misalnya, kami akan perlu memperluas perlindungan MediShield Hayat hanya kepada rawatan yang dinilai sebagai selamat, berkesan secara klinikal dan berkesan dari segi kos,” kata beliau.

Dengan perubahan yang disarankan terhadap MediShield Hayat, Encik Ong berkata premium skim insurans itu “pasti akan meningkat”.

“Namun, yakinlah kami akan melakukan yang perlu untuk memastikan premium boleh dibayar sepenuhnya menggunakan MediSave,” katanya.

Contohnya, pemerintah akan menimbangkan langkah mempertingkat subsidi premium, atau tokokan MediSave bagi golongan tertentu.

Rakyat Singapura mungkin perlu menggunakan lebih banyak MediSave bagi bil hospital kecil agar MediShield Hayat boleh ditumpukan pada bil hospital besar, yang seterusnya akan menyederhanakan kenaikan premium, kata Encik Ong.

“Tiada sesiapa akan kehilangan perlindungan MediShield Hayat disebabkan ketidakmampuan sebenar untuk membayar premium,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >