Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Khidmat jagaan peribadi di rumah dipertingkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat jagaan peribadi di rumah dipertingkat

Guna teknologi pantau warga emas
Mar 06, 2024 | 05:49 PM



Khidmat Penjagaan Peribadi Di Rumah (HPC) akan dipertingkat untuk memperkukuh sokongan bagi golongan warga emas yang lemah dan memberi jaminan lebih besar kepada keluarga mereka.

Di bawah Penjagaan Peribadi Di Rumah Yang Dipertingkat (HPC+) itu, ciri pemantauan dan respons sepanjang masa yang memanfaatkan teknologi untuk mengesan jika ada yang jatuh, di samping kejadian lain, sekali gus memastikan warga emas menerima penjagaan tepat pada masanya apabila diperlukan.

Buat masa ini, khidmat HPC menyediakan sokongan kepada warga emas dalam kegiatan kehidupan harian, seperti mandi dan makan, serta khidmat mengemas.

Dalam pada itu, penjaga yang memerlukan bantuan jagaan sementara juga boleh memanfaatkan khidmat dipertingkat itu bagi tempoh berlanjutan untuk menyokong penjagaan warga emas di rumah.

Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Kesihatan (MOH) di Parlimen pada 6 Mac, berkata:

“Kami sedang mengkaji lebih banyak pilihan bagi penjagaan di rumah melalui satu usaha perintis yang sedang dijalankan… Sehingga Januari 2024, terdapat 328 klien yang berdaftar di bawah usaha perintis HPC+.”

Khidmat HPC+ kini sedang dirintis di 11 kawasan seperti di kawasan Ang Mo Kio, Yishun, Jurong dan Bedok.

“Tapak HPC+ tersebut dikenal pasti kerana ia mempunyai kadar kepadatan warga emas yang agak tinggi dan terletak serata negara,” kata MOH.

Kementerian itu akan menilai usaha perintis khidmat dipertingkat itu menjelang hujung 2024 sebelum menentukan sama ada mahu memperluaskannya ke seluruh negara.

Encik Masagos menambah bahawa MOH juga akan memperkenalkan penilaian penjagaan standard dan secara berperingkat melantik penyedia perkhidmatan yang digabungkan supaya warga emas dapat menikmati penyediaan penjagaan yang lebih lancar.

“Ini mengurangkan keperluan bagi pelbagai penilaian dan rujukan yang tidak diperlukan oleh penyedia penjagaan yang berbeza,” jelas beliau.

Bagi warga emas yang memerlukan penjagaan lanjut di rumah penjagaan, masa menunggu median bagi penempatan di rumah penjagaan adalah sekitar satu bulan, kata Encik Masagos.

Sementara itu, Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) bekerja rapat dengan warga emas dan penjaga mereka untuk membuat aturan penjagaan alternatif mengikut keperluan.

“Usaha ini akan membantu keluarga dan penjaga. Kami mahu menjadikan ia lebih mudah bagi mereka menguruskan beban kognitif dan fizikal dalam menyediakan penjagaan untuk orang tersayang di rumah.

“Ini termasuk penjaga warga emas yang mungkin menjaga anggota keluarga yang lanjut usia,” kata Encik Masagos lagi.

Dalam pada itu, MOH juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk menawarkan lebih banyak pilihan bagi warga emas meniti usia senja dalam masyarakat di Apartmen Penjagaan Masyarakat.

Projek Apartmen Penjagaan Masyarakat yang pertama – Harmony Village @ Bukit Batok – akan siap dibina tidak lama lagi, dengan penduduk boleh berpindah menjelang hujung 2024.

Sehingga 30 Apartmen Penjagaan Masyarakat akan dilancarkan menjelang 2030 sekiranya model penjagaan itu terbukti berkesan dan boleh diperluaskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >