Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hotel baru dibuka di kampus NUS Kent Ridge awal 2026

Oct 27, 2025 | 6:59 PM
NUS, Hotel The Ridge, Computing Drive
Hotel The Ridge terletak di Computing Drive, berhampiran Sekolah Pengkomputeran dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Nasional Singapura (NUS). - Foto NUS

Pelajar dan pensyarah pelawat tidak lama lagi boleh menginap di The Ridge, sebuah hotel baru dengan 185 bilik yang sedang dibina di kampus Kent Ridge, Universiti Nasional Singapura (NUS).

Terletak di Computing Drive, berhampiran Sekolah Pengkomputeran serta Fakulti Sastera dan Sains Sosial NUS, hotel itu turut menyasarkan golongan profesional.

The Ridge dijangka siap pada April 2026, menurut laman web NUS Campus Asset Management.

Hotel itu akan menawarkan tiga jenis bilik: deluxe, premier, dan suite premier, lapor The Straits Times (ST).

Hotel tersebut akan dibina bersebelahan dengan Persatuan Universiti Nasional Singapura (NUSS) Kent Ridge Guild House.

Tetamu hotel boleh menggunakan kemudahan seperti kolam renang sepanjang 50 meter dan pusat kecergasan seluas 5,800 kaki persegi.

Mereka akan turut disediakan kemudahan Internet berkelajuan tinggi, perkhidmatan concierge (bantuan persendirian) 24 jam serta kemudahan mesyuarat bagi persidangan.

Penginapan NUS kini merangkumi Kent Vale Residences di Clementi Road, yang menyediakan flat untuk ahli fakulti, pelawat universiti dan peserta persidangan.

Hotel terdekat dengan kampus NUS pada masa ini terletak di kawasan Pasir Panjang Road, berhampiran deretan kedai makan yang digelar pelajar sebagai ‘supper stretch’, kerana terkenal dengan gerai yang beroperasi hingga lewat malam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg