Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

HSA lantik CEO baru, mula tugas 13 Dis

Sep 12, 2024 | 4:27 PM
Bangunan Penguasa Sains Kesihatan (HSA)
Bangunan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) - Foto Fail

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah melantik ketua pegawai eksekutif (CEO) baru yang akan mengambil alih jawatan tersebut pada Disember ini.

Pelantikan Profesor Madya Adjung Raymond Chua Swee Boon itu akan berkuat kuasa pada 12 September, sebelum mengambil alih jawatan CEO secara rasmi pada 13 Disember ini.

Prof Chua merupakan ahli fakulti di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau juga berkhidmat di Pusat Kecemerlangan Pengawalan di Sekolah Perubatan Duke-NUS.

Beliau merupakan Timbalan Pengarah Umum Kesihatan (Peraturan Kesihatan) di Kementerian Kesihatan (MOH), dan akan meneruskan peranan ini serentak dengan pelantikan barunya, jelas MOH dan HSA dalam satu kenyataan pada 12 Sept.

Sebelum jawatannya di MOH, Prof Chua adalah Pengarah Kumpulan di Unit Pengawalan Produk Kesihatan di HSA.

Sewaktu pandemik Covid-19 pula, beliau bertugas sebagai Timbalan Komander untuk Pasukan Petugas Operasi Kesihatan, di mana beliau menyelia penguatkuasaan perintah kawalan dan membantu dalam penubuhan prasarana Covid-19, di samping tugas-tugas yang lain.

Prof Chua bakal menggantikan CEO sekarang, Dr Mimi Choong May Ling, yang akan bersara dari sektor khidmat awam pada 13 Dis.

Dr Choong telah dilantik sebagai CEO pada 1 Julai, 2014, menggantikan mantan CEO, Profesor John Lim Chien Wei, yang kembali ke MOH sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubatan (Hal Industri dan Penyelidikan).

Sejak itu, Dr Choong telah memainkan peranan penting dalam menerajui HSA sebagai pertubuhan saintifik antarabangsa yang terkemuka, kata MOH dan HSA dalam kenyataan tersebut.

Dr Choong juga mengetuai HSA dalam pentabalannya sebagai pengawal selia pertama di dunia yang diberi status tahap kematangan 4 (ML4) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 2022. ML4 ialah tahap kematangan tertinggi WHO dalam klasifikasi penguasa pengawalan produk perubatan.

“MOH dan HSA ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada Dr Mimi Choong atas kepimpinan dan sumbangan beliau selama 10 tahun sebagai CEO dan mengalu-alukan kedatangan Profesor Madya Adjung Raymond Chua sebagai CEO HSA yang baru,” kata agensi-agensi itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg