Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong: Kos sara hidup isu sejagat, warga S’pura dapat bantuan tambahan

Di sini semua kerjasama, boleh atasi cabaran dan berusaha ke arah masa depan lebih baik
Mar 23, 2025 | 7:42 PM
Perdana Menteri Lawrence Wong (depan, tiga dari kanan) bergambar bersama pemain ukulele di acara Seniors’ Connect di Kovan Hub pada 23 Mac.
Perdana Menteri Lawrence Wong (depan, tiga dari kanan) bergambar bersama pemain ukulele di acara Seniors’ Connect di Kovan Hub pada 23 Mac. - Foto ST

Tekanan kos sara hidup adalah isu global dan bantuan tambahan bagi rakyat Singapura dalam Belanjawan bertujuan menangani kebimbangan itu, kata Perdana Menteri Lawrence Wong.

“Kami tahu kos sara hidup adalah kebimbangan besar bagi penduduk, sebab itu dalam Belanjawan tahun ini, kami melancarkan langkah tambahan untuk membantu rakyat Singapura,” katanya pada 23 Mac semasa lawatan pertamanya ke GRC Aljunied sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri. GRC itu dikuasai parti pembangkang Parti Pekerja.

Encik Wong berkata setiap negara menghadapi tekanan kos, “tetapi sekurang-kurangnya di Singapura kita boleh bekerjasama”.

“Kita boleh menyediakan sedikit bantuan untuk rakyat Singapura, dan kita semua boleh mengatasi cabaran dan berusaha ke arah masa depan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah acara masyarakat untuk warga emas di Kovan Hub. Encik Wong telah melawat kawasan undi berbeza, termasuk Hong Kah North dan Tampines.

Lawatan Encik Wong ke GRC Aljunied adalah lawatan keduanya ke kawasan undi pembangkang sejak Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) dikeluarkan pada 11 Mac.

Pada 16 Mac, beliau berada di Sengkang bagi sebuah acara masyarakat untuk keluarga muda di Anchorvale.

Di Kovan, beliau disertai penasihat akar umbi bagi GRC Aljunied dan Hougang – Cik Chan Hui Yuh, Encik Alex Yeo, Encik Victor Lye, Encik Chua Eng Leong, Encik Shamsul Kamar dan Encik Marshall Lim, yang juga pengerusi Parti Tindakan Rakyat (PAP) cawangan Hougang.

Bercakap kepada warga emas di majlis itu, Encik Wong memperincikan jumlah wang yang akan mereka perolehi di bawah Belanjawan 2025.

Pasangan warga emas berusia atas 60 tahun akan mendapat sejumlah $2,400 dalam bentuk baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dan SG60, katanya.

Ini kerana suami dan isteri akan mendapat baucar SG60 sebanyak $800 setiap seorang. Setiap isi rumah juga akan mendapat $800 dalam bentuk baucar CDC, yang akan diagih pada Mei ini dan Januari 2026.

“Kami berharap ini sekurang-kurangnya dapat membantu untuk kos sara hidup anda,” tambahnya.

Semasa acara menggalak celik digital dalam kalangan warga emas dan menggalak mereka kekal aktif melalui sukan, Encik Wong menyampaikan hadiah kepada keluarga yang memenangi pertandingan foto, dan menulis hasrat untuk kapsul masa memperingati SG60.

Penduduk menyumbang 60 barangan kepentingan nasional, budaya atau tempatan kepada kapsul masa itu.

Cik Chan, yang mempengerusikan cawangan PAP Serangoon, juga menggalak warga emas menyertai kelab digital bagi mendalami kemahiran digital seperti melayari laman Internet.

Kelab itu adalah inisiatif percuma di bawah gerakan Digital Sepanjang Hayat Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA). 

Pengerusi cawangan-cawangan PAP di GRC Aljunied – Dr Faisal Abdul Aziz, dan Encik Daniel Liu, Dr Adrian Ang dan Encik Jagathishwaran Rajo – turut menghadiri majlis itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg