Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hujan serata S’pura, semangat tahun baru tetap membakar

Jan 1, 2024 | 4:49 PM
SEMANGAT TAHUN BARU: Walaupun cuaca hujan, orang ramai tetap berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan bunga api menyambut ketibaan tahun baru di Marina Bay.
SEMANGAT TAHUN BARU: Walaupun cuaca hujan, orang ramai tetap berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan bunga api menyambut ketibaan tahun baru di Marina Bay. - Foto REUTERS

Hujan yang membasahi Singapura tidak mematahkan semangat orang ramai di seluruh negara untuk berkumpul menyambut ketibaan tahun baru 2024 di pelbagai lokasi di serata negara pada malam 31 Disember 2023.

Malah, cuaca hujan juga tidak menghalang orang ramai daripada datang seawal 5 petang termasuk di Marina Bay, iaitu salah satu lokasi popular untuk menyaksikan pertunjukan bunga api itu.

Sekitar 8 malam, polis mengumumkan menerusi laman Facebook mereka bahawa akses ke beberapa kawasan pesisiran ditutup untuk memastikan keselamatan orang awam dan mengelak daripada kesesakan.

Kereta api MRT juga tidak berhenti di stesen MRT Bayfront selama 20 minit disebabkan kesesakan di kawasan tersebut.

Selain acara sambutan di kawasan Marina Bay, orang ramai turut meraikan kedatangan tahun baru dengan menyertai pelbagai acara di kawasan kejiranan di serata negara.

HARGAI PEKERJA: Sekitar 100 pekerja penghantar makanan menyertai Pesta Akhir Tahun Penunggang Projek Bukit Panjang di Kelab Masyarakat Bukit Panjang pada 31 Disember 2023 sempena sambutan Tahun Baru. Ia turut dihadiri Anggota Parlimen SMC Bukit Panjang, Encik Liang Eng Hwa.
HARGAI PEKERJA: Sekitar 100 pekerja penghantar makanan menyertai Pesta Akhir Tahun Penunggang Projek Bukit Panjang di Kelab Masyarakat Bukit Panjang pada 31 Disember 2023 sempena sambutan Tahun Baru. Ia turut dihadiri Anggota Parlimen SMC Bukit Panjang, Encik Liang Eng Hwa. - Foto BH oleh DAYANA AZMI

Di Bukit Panjang misalnya, sekitar 100 pekerja penghantaran makanan dihiburkan dengan muzik dan jamuan dalam satu acara sambutan Tahun Baru 2024 pada 31 Disember 2023.

Di Sembawang pula, sekitar 5,000 penduduk menghadiri satu pesta di Woodlands Ring Road yang ditutup khas bagi pesta tersebut dan satu karnival.

Malah, beberapa perniagaan dari rumah (HBB) juga berpeluang memaparkan jualan mereka temasuk muruku, tat nanas dan nasi lemak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg