Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sambutan akhir tahun di Bukit Panjang hargai penghantar makanan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan akhir tahun di Bukit Panjang hargai penghantar makanan

Dec 31, 2023 | 05:29 PM



Lazimnya mereka sibuk dalam perjalanan menghantar makanan untuk memastikan pelanggan dapat mengisi perut.

Namun kali ini, sekitar 100 penunggang penghantar makanan berpeluang menjamu selera serta dihiburkan dalam satu acara sambutan Tahun Baru 2024 pada 31 Disember, khusus untuk menghargai kerja keras golongan itu.

Dianjurkan oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat Bukit Panjang dan Jawatankuasa Eksekutif Aktiviti Melayu Kelab Mayarakat Bukit Panjang, Pesta Akhir Tahun Projek Penunggang Bukit Panjang bertujuan membolehkan golongan itu membentuk kumpulan sokongan sekali gus memupuk semangat persaudaraan.

Acara yang memasuki tahun ketiga itu menampilkan antara lain persembahan kugiran muzik, ‘beatbox’ serta sesi karaoke.

Antara yang hadir ialah Encik Huslan Mohd Noor, 60 tahun, pekerja Grabfood yang sudah berkhidmat selama lima tahun.

Kata bapa empat anak itu: “Saya bersyukur dapat bersantai dengan rakan pekerja penghantar makanan lain sambil terhibur dengan persembahan muzik.”

Seorang lagi yang hadir ialah Encik Ramdan Ali, 44 tahun.

“Ini pertama kalinya saya menghadiri acara seperti ini. Seronok dapat bertemu dengan pekerja penghantar makanan lain dan berasa seperti kami sebahagian daripada masyarakat,” ujar bapa dua anak itu, yang juga pekerja Grabfood.

Dalam acara itu juga, Penasihat Akar Umbi kepada Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Bukit Panjang dan Anggota Parlimen (AP) Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Panjang, Encik Liang Eng Hwa, yang turut hadir, meluangkan masa untuk mendengar keprihatinan golongan itu bagi mengenal pasti keperluan pekerja gig.


Selain acara sambutan di Bukit Panjang itu, pelbagai acara diadakan di serata Singapura untuk meraikan kedatangan tahun baru.

Ini termasuk di Bedok di mana 4,000 penduduk menyertai Karnival Keluarga Akhir Tahun di Heartbeat@Bedok sebagai sebahagian daripada sambutan Tahun Baru.

Antara kegiatan menarik ialah acara ‘Disko Senyap’ yang akan disertai oleh Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How selaku deejay bagi segmen itu.

Selain itu, Eunos Harmony Circle – wadah menggalak keharmonian kaum dan agama – dengan kerjasama Hope Initiative Alliance (HIA), Persekutuan Taois (Singapura), Persatuan Kuil Lorong Koo Chye Sheng Hong dan Persatuan Rakyat (PA), menganjurkan karnival akhir tahun yang menyatukan lebih 250 pekerja asing dan penduduk di Pusat Kebudayaan Eunos.

Pengerusi Eunos Harmony Circle , Encik Benjamin Tan, berkata:

“(Acara ini) diadakan untuk meningkatkan persefahaman dan memupuk persahabatan sesama antara warga Singapura, penduduk dari pelbagai latar belakang budaya dan terutamanya pekerja asing... yang biasanya tidak berpeluang untuk menyertai kegiatan di kawasan kejiranan.

“Karnival ini menyediakan platform interaktif untuk penduduk tempatan dan pekerja asing mengenali antara satu sama lain.”


Bagi yang ingin menyaksikan pertunjukan bunga api, mereka telah menyertai acara tahunan Countdown atau Kira Detik Singapura Marina Bay (MBSC) 2024 yang turut menyajikan pelbagai kegiatan menarik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >