Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Huru-hara apabila burung masuk rumah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Huru-hara apabila burung masuk rumah

Pembantu rumah jadi ‘wira’ tangkap, lepaskan haiwan melalui tingkap.
Feb 20, 2024 | 05:28 PM



Kedengaran kucing mengiau di dalam dapur yang gelap gelita.

Di jeriji jendela pula, ada sesuatu sedang bertenggek.

Seram terasa, menaikkan bulu roma.

Apabila lampu dibuka, ada burung rupanya di dalam dapur.

“Aaaaaah!” jerit anggota keluarga pelajar Politeknik Temasek, Aidil Rezqi Yet, apabila burung itu tiba-tiba melompat dari jeriji dan terbang ke ruang tetamu untuk melarikan diri.

Keluarga lima beranak itu kelam kabut mencari sebarang ruang dalam rumah untuk bersembunyi daripada burung tersebut.

Demikian suasana huru-hara di rumah Aidil apabila burung sebesar 30 sentimeter itu memasuki rumah mereka di Sengkang pada 13 Februari.

Rakaman kejadian itu dimuat naik dalam sebuah video TikTok oleh pengguna bernama pakalupap1t00 yang dikendalikan Aidil, 19 tahun.


Video yang mencatat lebih 46,000 tontonan itu turut menunjukkan bagaimana pembantu rumah mereka kemudian menjadi ‘wira’ apabila beliau berjaya membantu burung itu keluar dari rumah mereka.

Ketika dihubungi Berita Harian, Aidil berkata insiden itu, yang berlaku sekitar lima minit pada 8.30 malam, bermula apabila beberapa ahli keluarganya menjerit kerana seekor burung memasuki rumah mereka.


“Saya sedang belajar di dalam bilik apabila saya terdengar ibu dan kakak saya menjerit,” katanya.

“Dengan segera saya bangun dari katil untuk melihat apa yang terjadi. Tiba-tiba mereka kelam-kabut masuk bilik saya dan berkata ada burung liar di luar.”

Menurut mereka, burung itu memasuki rumahnya menerusi pintu.

Pada saat itu beliau mula merakam pengalaman tersebut dan memasuki dapur dan melihat kucing peliharaan keluarganya mengiau kerana ada sesuatu bertenggek di tingkap.

Apabila Aidil menghidupkan lampu dapur, kelihatan seekor burung berwarna hijau kelabu dan berbelang putih di jeriji tingkap.

Ia kemudian terbang dan melarikan diri sementara adik-beradik dan ibu Aidil menjerit ketakutan.

Burung itu terbang ke ruang tamu dan bertenggek di jeriji jendela.

Pembantu rumah keluarga Aidil yang tenang berkata: “Ia burung sahaja.”

Beliau kemudian cuba menangkap burung itu dengan tangannya selepas memanjat kerusi panjang di ruang tamu. Namun burung itu terbang ke arah tandas.

Sementara itu, ahli keluarga Aidil yang lain melarikan diri untuk bersembunyi di dalam bilik tidur. Ibu Aidil bersembunyi di belakang bagasi.

Pembantu rumah keluarga itu akhirnya dapat menangkap burung itu di tandas dan melepaskannya dari jendela dapur.

Aidil berkata burung itu mengangkat sebiji telur, namun beliau tidak pasti apakah ia telur haiwan itu.

“Malangnya sewaktu ia cuba melarikan dirinya di dalam rumah kami, telur itu terjatuh dan pecah berkecai di lantai dekat pintu,” katanya.

Beberapa warganet mengenal pasti burung itu sebagai burung betina sewah tahu, atau asian koel, yang antara lain terdapat di Asia Tenggara, Oman, Pakistan dan India.

Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) dan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Liar Fauna dan Flora Terancam (Cites), spesies ini tidak disenaraikan sebagai terdedah dan trend populasi keseluruhannya dilaporkan stabil.




@pakalupap1t00

My helper became a Skye main that night #fyp

♬ original sound - B - B

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >