SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

IbadahSg urus korban secara telus, agih daging ke Indonesia, Kemboja dan Makkah

IbadahSg urus korban secara telus, agih daging ke Indonesia, Kemboja dan Makkah

Apr 17, 2026 | 5:30 AM

IbadahSg urus korban secara telus, agih daging ke Indonesia, Kemboja dan Makkah

Pengarah IbadahSg, Ustaz Mohamed Firdaus Masruhen, meninjau salah sebuah kandang kambing di Indonesia sebagai sebahagian persiapan ibadah korban. Gambar dirakam pada 2025.
Pengarah IbadahSg, Ustaz Mohamed Firdaus Masruhen, meninjau salah sebuah kandang kambing di Indonesia sebagai sebahagian persiapan ibadah korban. Gambar dirakam pada 2025. - Foto IBADAHSG PTE LTD

Ibadah korban bukan sekadar amalan tahunan Aidiladha; ia lambang ketaatan, kesyukuran, dan pengorbanan hamba kepada Allah swt. Justeru, pelaksanaannya wajib diuruskan pihak yang berpengalaman, telus, dan diyakini.

Pengarah IbadahSg Pte Ltd, Ustaz Mohamed Firdaus Masruhen, menegaskan komitmen syarikat yang berpengalaman lebih 20 tahun, menguruskan korban secara teratur dan amanah, selaras tuntutan syarak serta sunah Rasulullah saw.

Pemilihan haiwan korban amat teliti, memastikan ia memenuhi syarat sah korban. Proses penyembelihan pula dijalankan oleh juru sembelih halal bertauliah dan berpengalaman.

Sebagai bukti ketelusan, setiap peserta akan menerima dua keping gambar pelaksanaan korban – sebelum dan selepas sembelihan. Video pelaksanaan juga boleh ditonton melalui platform media sosial rasmi IbadahSg. Doa khusus turut dipanjatkan buat peserta dan keluarga, menunaikan amanah yang diberikan.

Bagi tahun 2026, agihan korban akan disalurkan ke beberapa tempat terpilih di Indonesia seperti Bogor (Jawa Barat), Yogyakarta, Magelang, dan kawasan pedalaman lain. Penerima termasuk pondok pesantren, rumah anak yatim, dan golongan mustahik (mereka yang berhak menerima daging korban).

Di Kemboja, agihan difokuskan kepada masyarakat Muslim minoriti yang jarang berpeluang menikmati daging korban. Bagi yang berhasrat berkorban di tanah suci, IbadahSg turut menyediakan saluran di Makkah dan sekitarnya.

Tawaran harga termasuk kambing/biri-biri di Indonesia bermula $185 seekor, lembu $1,200 seekor, lembu di Kemboja $799 seekor, kambing di Makkah $195 seekor, dan unta $1,699 seekor.

Ayuh, sempurnakan ibadah korban dengan keikhlasan, amanah, dan keyakinan. Jadikan ia tanda cinta kepada Allah swt dan sumber manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Daftar penyertaan korban anda bersama IbadahSg hari ini.

Cara Pembayaran:

1. PayNow ke UEN: IBADAHSG PTE LTD – 201729869D165.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 687-578757-001.

3. Cek atas nama IBADAHSG PTE LTD, dan dikirimkan ke Blok 137 Marsiling Road, #07-2010, Singapapura 730137. Sila sertakan *nama penuh, alamat, nombor telefon, niat korban.

4. Datang terus dengan pembayaran tunai ke Blok 74 Toa Payoh Lorong 4, #02-29 Singapura 310074, dari 9.30 pagi hingga 2 petang. Hubungi Cik Maimoon Bee SKS Hameed di talian 8223-7530.

5. Bagi tempahan dan pertanyaan, hubungi: Ustaz Syamil Masruhen di talian 8322-0460, Ustazah Mariah Masruhen (8339-3012), Encik Md Noh (8399-7390), dan Ustaz Firdaus Masruhen (9126-6444).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg