Sebelum ini, pasangan pencipta kandungan The Perfect Duo SG, Encik Muhammad Amirul Afif Abdul Razak dan isterinya, Cik Sri Nur Rafiqah Paiman, tidak pernah menganggap langkah memberi telefon bimbit atau tablet kepada anak mereka sebagai langkah yang tidak baik.

Seperti kebanyakan ibu bapa lain, mereka melihat gajet sebagai satu huraian yang memudahkan urusan harian.