Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ICA: Pemandu dijangka tunggu 3 jam di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Jun 21, 2025 | 12:07 PM
Dengan cuti sekolah Jun yang akan berakhir pada 29 Jun, trafik dijangka sesak di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.
Dengan cuti sekolah Jun yang akan berakhir pada 29 Jun, trafik dijangka sesak di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas. - Foto ST

Mereka yang dalam perjalanan ke Malaysia pada 21 Jun boleh menjangkakan masa menunggu sehingga tiga jam untuk melepasi pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Dalam satu hantaran di Facebook sekitar 8.15 pagi, ICA memaklumkan bahawa terdapat “aliran trafik keluar yang sangat sesak” di pusat pemeriksaan itu disebabkan kesesakan yang berpunca daripada aliran trafik dari Malaysia, dengan kesesakan sehingga Exit 10A di Ekspreswe Bukit Timah (BKE).

ICA memberi amaran kepada para pemandu bahawa mereka boleh menjangkakan masa menunggu selama tiga jam atau lebih, lapor The Straits Times (ST).

Dengan cuti sekolah Jun yang bakal berakhir pada 29 Jun, trafik dijangka sesak di kededua pusat pemeriksaan darat, terutama pada hujung minggu.

Pada awal Jun, ICA turut mengingatkan para pemandu mengenai etika jalan raya yang betul, serta memberi amaran bahawa mereka yang didapati memotong barisan oleh pegawai ICA di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas akan diarahkan untuk membuat pusingan U dan menyertai semula barisan.

Mereka juga boleh disenarai hitam dan dikenakan tindakan disiplin lanjut oleh pihak berkuasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg