Topik diikuti
Pergi ke BHkuICA sambut Hari Kebangsaan M’sia dengan rakan sejawat negara jiran
Bagi meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69, Komander Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dari Pos Pemeriksaan Woodlands dan Tuas telah menyampaikan kek kepada rakan sejawat mereka daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
Pos Pemeriksaan Woodlands telah menyampaikan kek ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar pada 24 Ogos.
Manakala Pos Pemeriksaan Tuas juga telah melakukan perkara sedemikan ke CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar pada 27 Ogos.
Demikian dikongsi ICA dalam satu catatan Facebook pada 31 Ogos.
ICA berkata bahawa ia menghargai hubungan kerjasama erat bersama rakan sejawat dari Malaysia dalam memelihara keselamatan sempadan, di samping melancarkan pergerakan manusia dan barangan menerusi pos pemeriksaan darat.
Malaysia menyambut ulang tahun Kemerdekaan ke-69 pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya.
Bertemakan “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah serta dihadiri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan barisan Jemaah Menteri.
