Topik diikuti
Pergi ke BHkuKad ketibaan masuk ke S’pura berwajah baharu
Kad Ketibaan Singapura (SGAC) bakal berwajah baharu.
Ia akan menyokong 19 bahasa dan mempunyai ciri imbasan pasport yang membolehkan maklumat diisi secara automatik bagi mempercepat proses penyerahan borang kepada pihak berkuasa.
Ciri-ciri baharu itu akan tersedia di kedua-dua aplikasi mudah alih MyICA dan laman web Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
Pelancong boleh mencuba ciri tersebut di laman web mulai 26 Ogos, kata ICA dalam satu hantaran Facebook pada 19 Ogos.
SGAC merupakan satu pernyataan kesihatan wajib yang perlu diserahkan oleh semua pelancong sebelum tiba di Singapura, kecuali mereka yang transit tanpa memerlukan kelulusan imigresen, dan penduduk yang melalui pusat pemeriksaan darat di Woodlands dan Tuas.
Tangkap layar ‘antara muka’ yang dipertingkat itu turut akan mempamerkan reka bentuk yang lebih mesra pengguna dengan pengemudian yang lebih lancar dan mudah, kata ICA dalam hantarannya.
