Iftar Silang Agama 2026 perkukuh iltizam MKAC, galak perpaduan pelbagai kepercayaan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iftar Silang Agama 2026 perkukuh iltizam MKAC, galak perpaduan pelbagai kepercayaan

Mar 6, 2026 | 5:30 AM

Iftar Silang Agama 2026 perkukuh iltizam MKAC, galak perpaduan pelbagai kepercayaan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MKAC, Duta, Ustaz Haron Hassan Akhtar
Duta Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC), Ustaz Haron Hassan Akhtar (tengah, bersongkok), menawarkan kurma kepada pemimpin agama semasa merasmikan acara, Iftar Silang Agama MKAC 2026, pada 25 Februari. - Foto PERSATUAN BERTINDAK GINJAL BAGI MASYARAKAT ISLAM (MKAC)

Bertema kepercayaan dan hormat, atau Iftar Trust And Respect (IFTAR), Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC) berjaya menganjurkan Iftar Silang Agama 2026 pada 25 Februari 2026.

Kehadiran 130 tetamu daripada pelbagai latar belakang agama seperti Baha’i, Buddha, Kristian, Hindu, Judaisme, Sikh, Tao dan Zoroaster serta pertubuhan masyarakat mencerminkan semangat perpaduan dan persefahaman bersama.

Ia turut menandakan satu peristiwa penting kerana ia diadakan di luar premis MKAC buat kali pertama iaitu di Dewan De Villa, di Centrium Square, Serangoon Road.

Presiden Kehormat MKAC, Encik Ameerali Abdeali, memulakan majlis dengan ucapan pembukaan dan beliau merakamkan penghargaan kepada pelbagai pemimpin agama dan wakil masyarakat kerana meluangkan masa menyokong dan menyertai perhimpunan itu.

Beliau menekankan kepentingan kepercayaan, rasa hormat, dan dialog berterusan antara masyarakat agama.

Ini diikuti dengan ucapan daripada Presiden Pertubuhan Antara Agama (IRO), Encik K. Elango, daripada kepercayaan Baha’i.

Dalam ucapannya, beliau berkongsi pandangan tentang agama Baha’i, termasuk puasa 19 hari, dan mengetengahkan nilai kerohanian bersama seperti disiplin diri, belas kasihan, dan khidmat kepada manusia yang melangkaui sempadan agama.

Sesi perkongsian antara agama kemudian dikendalikan oleh Duta MKAC, Ustaz Haron Hassan Akhtar.

Keceriaan dan cara yang santai telah berjaya mewujudkan suasana mesra dan menarik.

Wakil daripada pelbagai tradisi agama kemudian dijemput berkongsi tentang amalan dan refleksi masing-masing tentang puasa dan kehidupan bermasyarakat, bagi memupuk persefahaman dan penghargaan lebih tinggi dalam kalangan hadirin.

Sesi tersebut diakhiri dengan semua penceramah dijemput ke pentas untuk peluang bergambar secara berkumpulan, melambangkan perpaduan dan keharmonian antara agama.

Tidak lama kemudian, Ustaz Haron melaungkan azan sebagai menandakan waktu berbuka puasa dan semua tetamu mula menjamu selera.

Majlis tahunan MKAC itu yang telah diadakan selama lebih sedekad, kali ini menghimpunkan tokoh terkemuka yang terdiri daripada:

1. Ustaz Haron Hassan Aktar, Duta MKAC (Islam).

2. Encik K. Elango, Presiden IRO (Baha’i).

3. Sr Theresa Seow Lee Huang, Penyelia, Canossian Village (Kristian).

4. Master Chung Kwang Tong (Wei Yi), Paderi Tao daripada Quan Zhen Longmen Tradition, Bekas Pentadbir Persekutuan Tao Singapura (Tao).

5. Rabai Netanel Rivni, Pengurus Operasi, JBC dan Ketua Pemuda (Judaism).

6. Encik Hormuz Avari, Presiden, Parsi Zoroastrian Association of South East Asia (PZAS) (Zoroaster).

7. Cik Rosa, Brahma Kumaris Singapore (Brahma Kumaris).

Iftar Silang Agama 2026 adalah platform bermakna untuk berdialog dan menjalin hubungan, mengukuhkan komitmen MKAC dengan menggalakkan kepercayaan, rasa hormat, dan perpaduan dalam masyarakat pelbagai budaya dan agama Singapura.

Bagi menyokong MKAC, sila lungsuri laman web, https://www.mkac.sg/ untuk maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg