Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Tharman sertai majlis buka puasa Muis bersama penerima zakat

Mar 15, 2024 | 7:43 PM
Tuan Presiden beramah tamah dengan para tetamu di majlis buka puasa anjuran Muis di Hab Islam Singapura pada 15 Mac. Bersama beliau ialah (paling kiri) Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; (tiga dari kiri, terlindung) Presiden Muis, Encik Saat A. Rahman; (tiga dari kanan) Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; dan (paling kanan) Timbalan Mufti Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.
Tuan Presiden beramah tamah dengan para tetamu di majlis buka puasa anjuran Muis di Hab Islam Singapura pada 15 Mac. Bersama beliau ialah (paling kiri) Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; (tiga dari kiri, terlindung) Presiden Muis, Encik Saat A. Rahman; (tiga dari kanan) Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; dan (paling kanan) Timbalan Mufti Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Presiden Tharman Shanmugaratnam menyerikan satu majlis buka puasa di Hab Islam Singapura pada 15 Mac - majlis iftar pertama yang dihadiri beliau sejak dipilih sebagai Presiden pada September 2023.

Majlis buka puasa anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) itu disertai 140 tetamu, termasuk 57 penerima zakat.

Tuan Presiden mengambil kesempatan berinteraksi dengan para tetamu di majlis tersebut sebelum menjamu selera bersama mereka tatkala azan Maghrib berkumandang.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Tetamu lain termasuk Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; dan Presiden Muis, Encik Saat A. Rahman.

Encik Kadir dalam ucapannya di majlis itu mengumumkan bahawa di samping bantuan zakat yang dihulurkan setiap bulan, Muis akan memperuntukkan lebih $2.6 juta daripada zakat yang dikutip untuk membantu lebih 8,600 penerima melalui pengagihan Ramadan tahunan mereka.

“Zakat kekal penting dalam mempermudahkan perkongsian dan pengagihan semula kekayaan untuk membantu anggota masyarakat kita yang paling mudah terjejas,” kata beliau.

“Tujuan pengagihan Ramadan khas ini adalah untuk menyebarkan keceriaan semasa bulan Ramadan penuh keberkatan ini dan meringankan beban keluarga sedang mereka menyambut Hari Raya,” tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg