Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ikea S’pura akan serap kenaikan GST 1% pada 2024

Dec 21, 2023 | 4:59 PM
RINGANKAN KOS SARA HIDUP: Ikea Singapura akan menyerap kenaikan 1 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 Januari 2024.
RINGANKAN KOS SARA HIDUP: Ikea Singapura akan menyerap kenaikan 1 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 Januari 2024. - Foto fail

Ikea Singapura akan menyerap kenaikan 1 peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 Januari 2024. Ini bermakna semua harga produk yang dijual di luar atau dalam talian akan kekal.

Demikian diumumkan peruncit kelengkapan rumah itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 21 Disember.

Menurut kenyataan tersebut juga, Ikea Singapura berusaha memastikan kecekapan dalam rantaian bekalan supaya mereka boleh menawarkan penjimatan kepada pelanggan dengan memberi jaminan harga rendah.

Pengarah runcit negara Ikea untuk Singapura dan Filipina, Encik Gerard Jansen, berkata:

“Ikea Singapura kekal komited dalam misi memastikan kehidupan seharian menjadi lebih baik untuk orang ramai nikmati, dan kami gembira dapat menurunkan harga untuk menyokong pelanggan kami, terutama dalam masa yang mencabar, apabila mereka paling memerlukannya.

“Keputusan kami menyerap kenaikan kadar GST baru memenuhi janji kami kepada pelanggan untuk menjadi peruncit kelengkapan rumah yang paling berpatutan, mudah diakses dan mampan di negara ini.”

Selain menyerap kenaikan GST, Ikea Singapura melaksanakan inisiatif seperti ‘Pakej Rumah Baru’ untuk membantu pemilik rumah melengkapkan rumah baru yang telah diubah suai, serta inisiatif ‘Kami Turunkan Harga’ (We Lower Prices) bagi memastikan produk mereka dimampui pelanggan.

Ikea Singapura sebelum ini telah menyerap kenaikan GST daripada 7 kepada 8 peratus pada 2023 dan menurunkan harga bagi 144 produk pada September 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg