Indranee: Model unik S’pura bantu perkukuh ekon, kehidupan warga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indranee: Model unik S’pura bantu perkukuh ekon, kehidupan warga

Pendekatan hemat fiskal S’pura sediakan penampan, jaminan dalam dunia bergolak, termasuk konflik Timur Tengah terkini; Belanjawan 2026 persiap hadapi dunia baru
Mar 6, 2026 | 7:30 PM

Indranee: Model unik S’pura bantu perkukuh ekon, kehidupan warga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, Belanjawan 2026, Budget 2026, Indranee Rajah
Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah. - Foto MDDI

Model demokrasi unik Singapura menjadi tunjang utama yang membolehkan pemerintah terus membentangkan Belanjawan yang memperkukuh ekonomi negara, mempertingkat kehidupan rakyat dan membawa Singapura maju ke hadapan, kata Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah.

Khususnya, Belanjawan 2026 merupakan satu pelan tindakan untuk membolehkan rakyat Singapura mengharungi realiti baru dengan yakin dan menjamin masa depan bersama, tambah beliau.

Ini terutamanya di tengah-tengah dunia yang berubah, yang lebih bergolak dan berpecah-belah, ditandai dengan ketegangan geopolitik yang meningkat dan sistem pelbagai hala yang semakin lemah.

Berucap di Parlimen pada 6 Mac bagi mengakhiri perbahasan Belanjawan selama sembilan hari, Cik Indranee menambah bahawa sementara peraturan dan proses adalah penting, apa yang lebih penting adalah mereka yang dipilih untuk mewakili dan berkhidmat kepada rakyat.

Ini di samping sama ada mereka memiliki kecekapan, komitmen dan hati nurani untuk memenuhi tanggungjawab mereka.

“Jika benar, maka anda tidak memerlukan banyak peraturan kerana mereka boleh dipercayai untuk melakukan perkara yang betul.

“Jika tidak, kita boleh mengenakan dan mempertingkat seberapa banyak undang-undang dan peraturan yang anda suka, tetapi demokrasi dan politik akan tetap bermasalah.

“Ini terpakai kepada pemerintah mahupun pihak pembangkang, iaitu pemerintah dalam nantian,” kata beliau.

Meskipun dunia telah berubah, model demokrasi Singapura kekal sebagai “tunjang kita” dan ia perlu dilindungi dengan undang-undang, prinsip dan orang yang betul, kata Cik Indranee.

“Ia sama sekali tidak sempurna dan kami akan terus mencari jalan untuk menambah baik sistem kita. Namun, kita sememangnya memiliki sesuatu yang jarang ditemui dan amat berharga,” ujar beliau.

Parlimen pada 6 Mac meluluskan Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 12 Februari lalu – yang pertama bagi penggal pemerintah baru ini.

Antara ciri utama dalam perbahasan Belanjawan kali ini adalah usaha memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) bagi memacu ekonomi negara, pelaburan berterusan untuk pekerja dan pekerjaan dan sokongan diperkukuh untuk keluarga.

Turut menarik perhatian adalah jumlah kadar kesuburan (TFR) penduduk Singapura yang terus merosot ke paras terendah baru, iaitu pada kadar 0.87 bagi 2025.

Belanjawan tahun ini merupakan yang terbesar setakat ini, dengan anggaran perbelanjaan melebihi $200 bilion – sebanyak $158.9 bilion diperuntukkan bagi anggaran utama, manakala $49 bilion bagi anggaran pembangunan, kata Cik Indranee.

Beliau menambah bahawa pendekatan Singapura yang mengamalkan hemat fiskal dan perancangan awal telah membolehkan negara ini mempunyai lebihan sebanyak $15.1 bilion yang diunjurkan bagi Tahun Kewangan 2025.

Walaupun ada yang mempersoalkan saiz lebihan tersebut, Cik Indranee menegaskan bahawa perkembangan dunia dalam masa tiga minggu selepas Belanjawan dibentangkan – termasuk ketegangan di Timur Tengah dan perubahan tarif Amerika Syarikat – membuktikan betapa pentingnya mempunyai “penampan” terhadap pergolakan yang boleh berlaku.

“Melihat kepada keadaan yang berubah ini, lebihan (belanjawan) kita bukan lagi soal ketepatan sasaran, tetapi lebih kepada jaminan dan keyakinan yang tenang.

“Kita mempunyai kemampuan untuk melakukan lebih banyak lagi untuk rakyat Singapura dengan adanya simpanan kukuh dan penampan terhadap sebarang kemungkinan pergolakan,” kata beliau.

Seramai 68 Anggota Parlimen (AP) – yang tertinggi sejak kebelakangan ini – telah berucap selama dua hari setengah dalam perbahasan Belanjawan, dengan tempoh perbahasan selama sekitar 21 jam.

Selain itu, sebanyak 425 ‘potongan’ – atau ucapan AP – telah disampaikan sepanjang enam hari Jawatankuasa Perbekalan (COS), iaitu perbahasan belanjawan setiap kementerian, dengan tempoh perbahasan hampir 55 jam.

Penampan terhadap sebarang pergolakan

“Melihat kepada keadaan yang berubah ini, lebihan (belanjawan) kita bukan lagi soal ketepatan sasaran, tetapi lebih kepada jaminan dan keyakinan yang tenang.  Kita mempunyai kemampuan untuk melakukan lebih banyak lagi untuk rakyat Singapura dengan adanya simpanan kukuh dan penampan terhadap sebarang kemungkinan pergolakan.”
Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg