Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ingkar jarak selamat bagi lori bawa pekerja, 28 majikan disaman

Apr 17, 2020 | 12:12 PM
LAKSANA PERINTAH JARAK SELAMAT: Satu operasi bersama yang dijalankan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Polis Trafik telah mengesan 28 majikan yang tidak menuruti arahan 'Pemutus Litar'.
LAKSANA PERINTAH JARAK SELAMAT: Satu operasi bersama yang dijalankan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Polis Trafik telah mengesan 28 majikan yang tidak menuruti arahan 'Pemutus Litar'. - KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA

SERAMAI 28 majikan telah didenda $1,000 setiap satu kerana gagal mematuhi arahan 'Jarak Selamat' bagi pekerja yang dibawa menaiki lori.

Ini dikesan menerusi satu operasi bersama yang dijalankan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Polis Trafik.

Dalam kenyataannya, MOM berkata pihaknya sedang menyiasat empat lagi majikan atas kemungkinan tidak menuruti arahan.

Di bawah undang-undang, sesebuah syarikat atau orang perseorangan boleh didenda sehingga $10,000 atau dipenjara sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya.

"Sejak Isnin lalu, kami perhati lebih banyak syarikat melaksanakan langkah yang diperlukan dalam pengurusan pengangkutan pekerja mereka. Kami sekali lagi ingin mengingatkan majikan untuk membuat penyesuaian yang perlu bagi mematuhi arahan dengan serta-merta. Operasi bersama di seluruh negara akan dikekalkan sepanjang tempoh 'Pemutus Litar'," kata MOM dalam kenyataannya itu.

Mulai sekarang, syarikat pengangkutan yang terlibat dalam membawa pekerja menggunakan lori dan pemandu akan didenda jika lori didapati tidak menuruti arahan.

"Bersama-sama kita semua boleh memainkan perana untuk melindungi kesihatan pekerja kita dan memastikan keselamatan masyarakat umum," nasihat MOM.

Untuk maklumat lanjut tentang langkah jarak selamat untuk lori mengangkut pekerja, sila lungsuri go.gov.sg/ safedistancingonlorries.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg