Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Insiden limpahan minyak: Bekalan air S’pura tidak terjejas

Jun 17, 2024 | 8:35 PM
Bekalan air di Singapura tidak terjejas menyusuli insiden limpahan minyak di Terminal Pasir Panjang, kata PUB.
Bekalan air di Singapura tidak terjejas menyusuli insiden limpahan minyak di Terminal Pasir Panjang, kata PUB. - EPA-EFE

 Agensi air negara PUB memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bekalan air di Singapura tidak terjejas menyusuli insiden limpahan minyak di Terminal Pasir Panjang.

Dalam kenyataannya pada 17 Jun, PUB berkata tiada impak kepada takungan air di sini memandangkan limpahan minyak terhad kepada kawasan pantai dan beberapa longkang pantai.

“Longkang-longkang tersebut menyalur dan mengalihkan air hujan ke laut dan tidak disambung kepada air takungan.

“Tiada minyak dikesan pada tempat pengumpulan air laut di Loji Penyahgaraman Pulau Jurong, yang paling dekat dengan lokasi limpahan minyak itu.

“Bacaan kualiti air kekal normal,” kata kenyataan itu.

Limpahan minyak itu adalah akibat insiden pada 14 Jun yang melibatkan sebuah kapal Belanda Vox Maxima dengan kapal tangki minyak Singapura Marine Honor, yang tidak bergerak, di Terminal Pasir Panjang

PUB menambah bahawa Loji Penyahgaraman The Marina East yang terletak jauh di sepanjang pantai, mempunyai keupayaan dwi-mod dengan kemampuan merawat air laut atau air dalam takungan secara fleksibel.

“Pada masa ini ia dalam mod “takungan air” dan merawat air daripada Takungan Air Marina.

“Kami akan terus memantau kualiti air laut bagi memastikan operasi tidak terjejas,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg