Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

IRO sambut Hari Kebangsaan seiring seruan sumbang demi kebaikan masyarakat

Aug 22, 2024 | 8:30 PM
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (dua dari kiri); dan Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong (empat dari kiri); menyertai acara anjuran Pertubuhan Antara Agama (IRO) bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan Singapura di Hotel Fullerton pada 22 Ogos. Bersama mereka ialah (dari kanan) Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; Rabai Mordechai Abergel; isteri Encik Goh, Cik Tan Choo Leng; Presiden IRO, Encik Gurmit Singh; dan Penolong Setiausaha Kehormat IRO, Encik Hormuz Avari.
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (dua dari kiri); dan Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong (empat dari kiri); menyertai acara anjuran Pertubuhan Antara Agama (IRO) bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan Singapura di Hotel Fullerton pada 22 Ogos. Bersama mereka ialah (dari kanan) Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; Rabai Mordechai Abergel; isteri Encik Goh, Cik Tan Choo Leng; Presiden IRO, Encik Gurmit Singh; dan Penolong Setiausaha Kehormat IRO, Encik Hormuz Avari. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Pertubuhan Antara Agama (IRO) menyambut ulang tahun kemerdekaan Singapura dengan menganjurkan Majlis Memperingati Hari Kebangsaan di Hotel Fullerton Ballroom pada 22 Ogos 2024.

Acara itu menghimpunkan sekitar 200 hadirin, termasuk Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong; Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong; dan Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, di samping pemimpin dan pengikut daripada 10 agama yang berlainan.

Dalam ucapan beliau di majlis itu, Presiden IRO, Encik Gurmit Singh, menekankan peranan penting keharmonian agama dalam kemajuan Singapura.

“Walaupun kepercayaan kita berlainan, perbezaan dan persamaan kita inilah yang mengikat kita bersama.

“Di atas dasar inilah negara kita telah dibina, dan inilah sebabnya kita memperolehi kedamaian dan kesejahteraan.

“Adalah tanggungjawab kita kepada masyarakat kita dan kepada dunia untuk menjadi contoh bagaimana rakyat berlainan agama boleh wujud bersama secara aman dan menyumbang kepada kebaikan masyarakat,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg