iServe Perdaus sedia pusat masyarakat dan pendidikan perkasa warga muda
iServe Perdaus sedia pusat masyarakat dan pendidikan perkasa warga muda
Sejak setahun setengah lalu, pusat iServe Perdaus di Bukit Batok buka pintunya tiga hari seminggu kepada kanak-kanak dan belia kejiranan selepas waktu sekolah.
Selain kelas Mendaki Homework Café yang diadakan seminggu sekali, pusat ini turut menyediakan ruang drop-in (kunjungan) percuma untuk mereka belajar, berehat dan berinteraksi.
Pengurus pusat di iServe Perdaus, Cik Nurhanis Hassan, memberitahu Berita Harian (BH):
“Di iServe Perdaus, kami sering melihat belia datang selepas sekolah bagi mencari tempat yang selamat untuk mengulang kaji pelajaran, meluangkan masa bersama rakan-rakan, atau sekadar ingin menikmati sedikit makanan dan minuman.
“Bagi sebahagian mereka, ruang ini menjadi sistem sokongan penting, terutamanya apabila mereka mungkin serba kekurangan di rumah.”
Perdaus, sebagai sebuah badan amal dan dakwah berdaftar di Singapura, menerima zakat harta bagi menyokong program pendidikan Islam dan pembangunan masyarakat, termasuk daya usaha baru di iServe Perdaus.
Pegawai Kanan Komunikasi Korporat dan Pengumpulan Dana Perdaus, Cik Khatim Hamidon, berkata:
“Sebagai usaha fisabilillah, kami memperkaya program dan kegiatan bermutu di pusat belia kami dengan tujuan membimbing kanak-kanak dan belia di kejiranan dalam suasana selamat yang berlandaskan nilai murni.”
Cik Nurhanis menambah:
“Berkat sokongan zakat dan sumbangan ikhlas masyarakat, kami dapat meneruskan program kunjungan belia ini serta menyediakan persekitaran yang selamat, mesra, dan penuh kasih sayang.
“Yang paling bermakna, belia yang hadir datang daripada pelbagai latar belakang.
“Bukan sahaja Melayu/Islam, malah daripada kaum dan agama lain. Ini menunjukkan komitmen kami untuk berkhidmat kepada seluruh lapisan masyarakat.”
Selain program belia, pusat ini juga mengadakan pelbagai program masyarakat seperti kegiatan riadah bagi Muslimah, program kesihatan masyarakat serta program dakwah.
Teras Zakat Perdaus pada 2026
1. Meningkatkan Mutu Pendidikan Islam;
2. Memperkukuh Pembangunan Asatizah & Dakwah;
3. Menyokong Pusat iServe Perdaus;
Daya usaha baru ini, dengan 30 peratus daripada zakat diperuntukkan, memastikan belia yang terdedah dan berisiko disokong lebih awal dengan bimbingan, di samping keupayaan menyediakan ruang bagi kegiatan kemasyarakatan dan dakwah.
Zakat Anda Bermakna
Sumbangan zakat daripada masyarakat memainkan peranan penting dalam memperkukuh pendidikan Islam, memperkasa asatizah kita, dan memupuk generasi akan datang melalui penglibatan belia yang bermatlamat.
SEKILAS:
1. Untuk menunaikan zakat harta kepada Perdaus secara dalam talian, sila ke swiy.co/pdszakat
2. Anda juga boleh menderma melalui PayNow di S64SS0031JQRB (sila WhatsApp ke talian 8127-3729 untuk resit).
3. Pegawai amil kami juga boleh ke rumah anda melalui janji temu, untuk pembayaran zakat berjumlah $500 ke atas. Sila hubungi talian 8127-3729.
4. Anda boleh menderma dalam talian secara mudah melalui swiy.co/ramadhan untuk menyokong projek Food Aid mereka sepanjang tahun.

