Perdaus tanam nilai, pupuk tanggungjawab dalam kalangan pelajar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perdaus tanam nilai, pupuk tanggungjawab dalam kalangan pelajar

Feb 27, 2026 | 5:30 AM

Perdaus tanam nilai, pupuk tanggungjawab dalam kalangan pelajar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
perdaus, bantuan makanan, ramadan
Pelajar menengah Madrasah Perdaus menyerahkan baucar runcit kepada sebuah keluarga penerima ‘Projek Food Aid Ramadan’, bersama pegawai Perdaus, bagi membiasakan pelajar mendekati masyarakat. - Foto PERDAUS

Seminggu menjelang Ramadan, puluhan pelajar menengah dan belia Madrasah Perdaus turun padang mengagihkan baucar runcit bernilai $50.

Baucar tersebut disampaikan kepada benefisiari daripada Kelab Masyarakat Hong Kah North.

Turut menerima sumbangan ialah Masjid Ar-Raudhah, Masjid Al-Khair, Masjid Omar Kampong Melaka, Fitrah dan Perdaus.

Secara keseluruhan, sebanyak 220 baucar telah disalurkan kepada keluarga berpendapatan rendah.

Menurut Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat dan Pengumpulan Dana Perdaus, Cik Khatim Hamidon, sejak 2011 lebih 10,000 keluarga dan individu memerlukan telah dibantu menerusi ‘Projek Food Aid’ bagi menceriakan Ramadan dan Syawal mereka.

Projek itu dijalankan oleh pelajar sebagai sebahagian daripada pembelajaran berasas pengalaman dalam kurikulum agama mingguan Perdaus.

Ia menggalakkan penglibatan masyarakat serta memupuk nilai keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.

Antaranya, pelajar Menengah 3 Madrasah Perdaus Bedok, Nur Serena Mohammad Juhari, yang berkata:

“Menjalankan projek ini membuatkan saya lebih peka terhadap mereka yang memerlukan. Ia juga membuatkan saya lebih bersyukur, kerana diberi peluang melakukan ibadah sedemikian.”

Cik Khatim menjelaskan: “Perdaus kini memperluaskan ‘Projek Food Aid’ agar manfaatnya dapat dirasai sepanjang tahun, bukan hanya pada bulan Ramadan, susulan permintaan yang kian meningkat.

“Contohnya, baucar runcit turut diagihkan semasa musim korban bersama daging korban kepada benefisiari lain, dengan bantuan belia Perdaus.

“Pada 2025, lebih 150 keluarga di kawasan Fengshan dan Chai Chee menerima daging korban serta baucar barangan runcit ‘Food Aid’.

“Selain itu, kejayaan pusat iServe Perdaus dalam menyediakan perkhidmatan drop-in dan kegiatan selepas sekolah bagi belia turut menonjolkan keperluan untuk menyediakan makanan kepada pelajar dan belia daripada keluarga kurang berkemampuan yang menghadiri pusat ini,” katanya.

Sehubungan itu, Perdaus mengalu-alukan sumbangan masyarakat bagi menjayakan projek itu, yang memerlukan sekitar $70,000.

Antara keperluan Perdaus

* Sebanyak 400 set baucar runcit bernilai $50 untuk keluarga berpendapatan rendah dan benefisiari daripada masjid, kelab masyarakat serta badan Islam.

* Sebanyak 300 bungkusan bubur Ramadan diagihkan kepada penduduk di kawasan Bukit Batok dan Bedok.

* Sebanyak 300 pek bungkusan ‘Ramadan Gifting’ untuk penduduk kejiranan Bukit Batok dan Bedok yang diagihkan pelajar tadika dan rendah Madrasah Perdaus.

* Sebanyak 200 makanan bungkus disediakan untuk pelajar dan relawan berbuka puasa bagi yang membantu dalam misi dan projek pengagihan ini.

* Sebanyak 60 pek penjagaan (care pack) untuk penduduk di rumah warga emas yang akan melibatkan pelajar menengah Madrasah Perdaus.

* Makanan buat pelajar dan belia daripada keluarga kurang berkemampuan yang hadir pada program selepas sekolah di pusat iServe Perdaus.

* Lebihan dana daripada projek ini akan disalurkan kepada ‘Projek Food Aid’ dan selanjutnya.

SEKILAS:

1. Anda boleh menderma melalui dalam talian dengan mudah di pautan, swiy.co/ramadhan

2. Anda juga boleh menderma melalui PayNow di S64SS0031JQRB (sila WhatsApp ke talian 8127-3729 untuk resit).

3. Untuk menunaikan zakat harta kepada Perdaus, sila ke laman web, http://swiy.co/pdszakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg