Ramadan: ‘Maraton’ hati dan kepimpinan emosi 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ramadan: ‘Maraton’ hati dan kepimpinan emosi 

Feb 20, 2026 | 5:30 AM

Ramadan: ‘Maraton’ hati dan kepimpinan emosi 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ustazah Liyana Musfirah Anwar
Ustazah Liyana Musfirah Anwar (berdiri, kiri) mendengar dengan penuh perhatian ketika para peserta mengongsi pengalaman mereka menyambut Ramadan dalam sesi perbincangan anjuran Perdaus. - Foto PERDAUS

Alhamdulillah, kita telah memasuki Ramadan yang penuh barakah. Marilah kita niat dengan tulus untuk menjalani Ramadan dengan sabar, merasai kemanisan 10 malam terakhir, dan semoga dipilih bertemu lailatulqadar. Ramadan bukan larian pecut, bahkan maraton yang memerlukan ketekunan dan konsistensi.

Matlamat utama: Takwa dan kepimpinan diri

Tujuan utama puasa ialah mahu mencapai takwa. Takwa bukan sekadar rasa takut, malah kepimpinan moral yang aktif, mendorong kebaikan dan mencegah kemungkaran, berpunca daripada cinta kepada Allah swt. Sebagai wanita, kita berperanan sebagai ‘khalifah’ dalam bidang kita sendiri, sama ada di rumah, dalam kalangan keluarga ataupun masyarakat.

Mengurus emosi dengan ‘4R’

Ramadan mendidik kita bahawa kepimpinan bermula dengan disiplin diri. Secara lazimnya, jika kita mengalami sesuatu, kita akan bertindak dengan satu daripada empat cara ini:

1. Reaction (Reaksi): Kecenderungan membalas dengan tenaga atau emosi yang sama apabila dicabar.

2. Reply (Jawapan): Memberikan maklum balas secara automatik tanpa berfikir panjang.

3. Retaliate (Membalas/Dendam): Tindakan defensif yang didorong oleh rasa sakit hati atau luka emosi.

4. Respond (Respons): Berhenti sejenak (pause) untuk berfikir secara lebih mendalam dan matang sebelum bercakap atau bertindak.

Sabar yang hakiki adalah pada saat pertama kita diuji, sepertimana Rasulullah saw bersabda: “Ramadan melatih kita berhenti sejenak dan menilai adakah tindakan kita selaras dengan nilai takwa yang ingin kita capai.”

Langkah praktikal dan realistik di rumah

Untuk menjaga mutu ibadah, saya kongsikan beberapa panduan untuk membantu golongan muslimah yang sibuk dengan keluarga dan kerjaya, menguruskan disiplin emosi dengan pendekatan yang realistik sepanjang bulan mulia ini.

1. Tangguh, Jangan Batalkan: Prinsipnya mudah: tidak semua keinginan perlu dinafikan, tetapi banyak perkara boleh ditangguhkan (delay, not deny). Contohnya, jika anda tidak mampu solat tarawih di masjid pada minggu pertama kerana komitmen keluarga, tangguhkan niat itu ke minggu hadapan. Jangan sesekali memadam terus pelan ibadah anda hanya kerana kecewa; memadam pelan ibadah kerana stres/tekanan adalah satu bentuk retaliate kepada diri sendiri.

2. Lakarkan ‘Poket Sunyi’: Carilah lima minit setiap hari untuk berzikir atau duduk bermuhasabah, seperti selepas waktu zuhur atau sebelum tidur. Detik-detik kecil inilah yang membolehkan hati kita kekal berhubung dengan Allah swt di tengah kekalutan harian.

3. Dengar Isyarat Tubuh: Apabila keletihan melanda, anggaplah ia sebagai mesej daripada tubuh, bukannya satu kegagalan. Jika tenaga anda merosot, berehatlah secara ini, dan sesuaikan ibadah malam anda dengan penuh belas kasihan kepada diri, bukan dengan rasa bersalah.

4. Rutin Ibadah bersama Keluarga: Akhir sekali, jadikanlah rumah kita sebagai madrasah yang penuh rahmat. Utamakan rutin ibadah yang konsisten bersama keluarga berbanding menunaikannya dengan segala kesempurnaan (perfection) yang mungkin boleh membebankan. Kongsikan tanggungjawab di rumah bersama ahli keluarga lain dan juga anak-anak supaya kerja rumah tidak hanya terpikul di bahu anda seorang.

Rencana ini dipetik daripada perkongsian penulis ‘Girls Ramadhan Ready’ yang dilakarkan oleh Perdaus sempena menyambut kedatangan Ramadan pada akhir Januari 2026.

SEKILAS:

Untuk menyokong kerja amal Perdaus sempena kempen Food Aid, di mana lebih 1,000 keluarga kurang pendapatan, meraih manfaat baucar barangan runcit, sila ke swiy.co/ramadhan atau tunaikan zakat harta anda untuk diagihkan Perdaus di swiy.co/pdszakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg