Topik diikuti
Pergi ke BHkuIskandar Jalil, Ustaz Hasbi dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang
7,491 individu terima Anugerah Hari Kebangsaan 2026, termasuk Ketua Hakim Negara, Sundaresh Menon (Darjah Utama Temasek (Dengan Pujian)); mantan Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Eddie Teo Chan Seng (Darjah Utama Temasek (Dengan Pujian)); Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir (Pingat Pentadbiran Awam (Perak))
Darjah Utama Bakti Cemerlang – antara anugerah kebangsaan yang paling berprestij – dianugerahkan kepada ulama veteran, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, 66 tahun, dan pakar tembikar terkemuka Dr Iskandar Jalil, 86 tahun, sempena Hari Kebangsaan 2026.
Mereka antara lima pemenang anugerah tersebut pada 2026.
Ustaz Hasbi, diiktiraf atas sumbangan besarnya sebagai Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), yang bertujuan menangani isu salah faham konsep Islam, membanteras pemahaman ekstremis serta menyokong pemulihan individu yang ditahan.
Dr Iskandar yang memenangi Pingat Kebudayaan 1988, juga menerima Bintang Bakti Masyarakat pada 2012 dan Pingat Jasa Gemilang pada 2015 atas sumbangan beliau kepada perkhidmatan awam.
Sebagai mengiktiraf pengaruh dan sumbangannya sebagai penggiat seni seramik dan pendidik, Dr Iskandar telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 2016.
Sejumlah 7,491 warga Singapura menerima Anugerah Hari Kebangsaan untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada negara.
Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir turut dianugerah Pingat Pentadbiran Awam (Perak) atas khidmatnya kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Anugerah tertinggi bagi 2026, iaitu Darjah Utama Temasek (Dengan Pujian), telah dianugerahkan kepada Ketua Hakim Negara, Encik Sundaresh Menon dan mantan Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Encik Eddie Teo Chan Seng.
