Skim cuti bersama ibu bapa dan penuaan aktif adalah antara kebimbangan yang diketengahkan dalam sesi Dialog Pasca Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada malam 12 September di Wisma Geylang Serai (WGS).
Dialog itu, yang merupakan sesi kedua anjuran Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA MESRA), bertujuan mendapatkan pandangan daripada penduduk tentang isu-isu nasional yang berkaitan dengan masyarakat Melayu/Islam.
Sesi pertama dialog itu diadakan pada 8 September di Kelab Masyarakat (CC) Siglap.
Dialog kedua itu dihadiri Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan dan juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; dan Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.
Ia berlangsung selama satu setengah jam dan disertai sekitar 200 peserta, yang antaranya anggota Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan M Kuasa Tiga (M3), wakil pertubuhan Melayu/Islam, serta pelajar institut pengajian tinggi (IHL).
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg