Jabatan Pilihan Raya (ELD) telah membuka tender bagi pembekalan dan penghantaran 10 stesen kerja bergerak.
Penyenaraian tender di platform GeBiz meminta permohonan dibuat selewat-lewatnya pada 1 petang, 5 Julai, menurut laporan The Straits Times (ST).
Tender itu dibuka selepas daftar pengundi dikemas kini baru-baru ini, serta spekulasi bahawa pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan menjelang November 2025, mungkin diadakan seawal September 2024.
Daftar pengundi yang disemak kini dibuka sehingga 2 Julai untuk pemeriksaan awam. Rakyat Singapura boleh menyemak butiran mereka dalam daftar di laman web ELD atau melalui aplikasi Singpass.
GeBIZ, atau Perniagaan Elektronik Pemerintah ialah portal e-perolehan sehenti pemerintah Singapura. Semua tender dibuka oleh sektor awam, diterbitkan di GeBIZ.
Penyenaraian ELD memerlukan stesen kerja bergerak dengan spesifikasi termasuk memori RAM 64GB serta tiada kamera web dalaman atau kamera web bersepadu yang dialih keluar.
Penyenaraian itu juga menyatakan bahawa kontraktor yang mendapat tender mempunyai tempoh empat minggu atau lebih awal daripada pengeluaran Surat Penerimaan atau Pesanan Pembelian untuk menghantar barangan tersebut.
Ia menambah bahawa walaupun daya saing harga, termasuk penilaian kepada nilai keseluruhan tawaran, adalah antara kriteria penting untuk memutuskan penerima tender, ELD tidak mempunyai kewajipan untuk menerima tawaran sebut harga terendah atau mana-mana tawaran harga pun.
ST telah menghubungi ELD untuk mendapatkan ulasan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg