Topic followed successfully
Go to BHkuJamiyah S’pura terus bersinar sebagai pelita harapan ummah
Jamiyah S’pura terus bersinar sebagai pelita harapan ummah
Jamiyah S’pura terus bersinar sebagai pelita harapan ummah
Bayangkan seorang nenek berusia 78 tahun hidup sebatang kara dalam keadaan uzur dan terlantar sakit.
Atau seorang bapa tunggal yang baru kehilangan pekerjaan, resah memikirkan bagaimana memberi makan kepada tiga anaknya esok.
Dalam saat genting mereka itu, Jamiyah Singapura berdiri teguh menyalurkan bantuan dan kasih sayang kepada mereka, dan golongan yang memerlukan.
“Saya hilang arah selepas suami tiada. Bantuan makanan daripada Jamiyah FoodBank melegakan beban saya setiap bulan.
“Anak-anak saya tidak lagi tidur dalam kelaparan,” luah Cik Aminah (bukan nama sebenar), seorang ibu tunggal penerima bantuan Jamiyah.
Sejak 1932, Jamiyah menjadi pelita harapan buat ribuan insan, tanpa mengira agama atau bangsa.
Setiap bulan, lebih 1,000 keluarga menerima bantuan makanan yang meringankan beban hidup mereka daripada Jamiyah.
Warga emas diberi perlindungan dan penjagaan di Rumah Tumpangan Warga Emas Jamiyah (Darul Takrim) serta Rumah Rawatan Jamiyah (Darul Syifaa).
Mereka yang ingin memulakan hidup baru pula dibimbing dan disokong di Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah).
Nilai keihsanan
Setiausaha Agung Jamiyah, Encik Muhammad Khair Baharin, mengingatkan tentang kelebihan sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun orang yang bersedekah itu telah tiada.
Ia adalah bekalan akhirat yang berpanjangan, selagi manfaatnya terus dirasai oleh orang lain.
“Setiap suapan makanan yang mengenyangkan insan yang memerlukan, setiap perhatian dan penjagaan buat warga emas, serta setiap ilmu dan didikan kepada anak-anak, semuanya menjadi saham akhirat yang pahalanya berterusan.
“Melalui sedekah jariah, kebaikan sekecil zarah di dunia mampu memberi ganjaran besar dan berkekalan di sisi Allah swt,” ujar Encik Muhammad Khair.
CARA MENYUMBANG KEPADA JAMIYAH:
Sumbangan zakat, sedekah, infak dan wakaf, lungsuri pautan, www.jamiyah.org.sg atau forms.jamiyah.org.sg/donation-project
Bagi sumbangan Giro, SMS nama anda ke talian 9633-4630.
Sumbangan barang makanan halal dialu-alukan di lapan lokasi Jamiyah di seluruh Singapura. Senarai penuh di www.jamiyah.org.sg
TEMPAHAN IBADAH KORBAN MASIH DIBUKA:
Semarakkan sunah Nabi Muhammad saw dengan berkongsi rezeki melalui ibadah korban pada Aidiladha.

