Laksana ibadah korban ‘daripada masyarakat, untuk masyarakat’ bersama Jamiyah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laksana ibadah korban ‘daripada masyarakat, untuk masyarakat’ bersama Jamiyah

Harga istimewa bagi tempahan awal; daging korban di Australia diagih di S’pura sementara di Indonesia diberi kepada Muslim susah di sana
Mar 13, 2026 | 5:30 AM

Laksana ibadah korban ‘daripada masyarakat, untuk masyarakat’ bersama Jamiyah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
jamiyah
Setiausaha Agung Jamiyah Singapura, Encik Muhammad Khair Baharin, mengagihkan daging korban kepada golongan memerlukan, meneruskan bakti Jamiyah yang jalankan sejak 1970-an. - Foto JAMIYAH SINGAPURA

Sejak 1970-an, Jamiyah Singapura telah menjadi tonggak kebajikan masyarakat Islam dalam melaksanakan ibadah korban di negara ini.

Pada 2025, 1,503 ekor ternakan korban Jamiyah disembelih di Australia dan Indonesia.

Daging korban dari Australia dibawa ke Singapura, dibahagikan mengikut arahan sohibul korban (orang yang melakukan ibadah korban), dengan dihantar terus ke rumah mereka atau diambil mereka di Pusat Islam Jamiyah.

Sebanyak 8,464 kilogram daging diagih kepada 4,232 isi rumah berpendapatan rendah di 28 kawasan undi, dengan setiap rumah menerima dua kilogram, menggambarkan semangat ‘daripada masyarakat, untuk masyarakat’.

Sementara itu, daging korban di Indonesia diagih terus kepada fakir miskin di sana.

Menerangkan kepentingan ibadah korban, Pengarah Hal Ehwal Agama dan Kemasyarakatan Jamiyah, Ustaz Mohammed Suhaimi Mohamed Fauzi, yang telah lama membimbing masyarakat Islam Singapura dalam memahami dan menghayati agama Islam, berkata:

“Ibadah korban merupakan salah satu syiar penting dalam Islam yang dilaksanakan setiap tahun pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik. Amalan ini mempunyai kedudukan yang istimewa kerana ia melambangkan ketaatan seorang hamba kepada Allah serta kesediaan berkorban demi mencapai keredaan-Nya.”

Perintah melakukan korban disebut secara jelas dalam Al-Quran melalui firman Allah swt dalam Surah Al-Kawthar ayat 2: “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”

Ayat ini menunjukkan ibadah korban adalah salah satu bentuk pengabdian penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Sejarah ibadah korban bermula daripada kisah Nabi Ibrahim as diperintahkan Allah supaya mengorbankan anaknya, Nabi Ismail as.

Ia bagi menguji ketaatan kedua-duanya kepada Allah swt. Namun, sebelum penyembelihan dijalankan, Allah swt menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas, yang menunjukkan rahmat-Nya.

Peristiwa ini menjadi asas ibadah korban yang diamalkan umat Islam hingga kini.

Dalam Islam, ibadah korban dilakukan dengan menyembelih haiwan tertentu, seperti kambing, biri-biri, atau lembu.

Seekor kambing atau biri-biri dikorbankan oleh seorang individu, manakala seekor lembu boleh dikongsi tujuh orang.

Haiwan korban mesti cukup umur, sihat, dan tiada kecacatan ketara.

“Daging korban disunatkan dibahagikan kepada tiga: sebahagian dimakan oleh sohibul korban, sebahagian dihadiahkan kepada jiran dan sahabat, dan sebahagian lagi diberi kepada golongan fakir dan miskin. Ibadah ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama manusia, bahkan membantu golongan kurang berkemampuan untuk turut merasai kegembiraan pada Hari Raya,” jelas Ustaz Suhaimi.

Ganjaran ibadah korban amat besar.

Dalam Sunan al-Tirmidhi, Nabi Muhammad saw menyatakan tiada amalan pada Aidiladha lebih dicintai Allah selain menyembelih korban, dan setiap bahagian haiwan itu memberi pahala.

Menurut Ustaz Suhaimi, ibadah korban melambangkan ketaatan, keikhlasan, dan pengorbanan, mengingatkan tanggungjawab kepada Allah serta mempererat persaudaraan dan keimanan.

Pada 2026, Jamiyah meneruskan tradisinya menyediakan perkhidmatan korban di Australia dan Indonesia.

Bagi korban di Australia, dagingnya akan diterbang ke Singapura dan sohibul korban boleh mengambilnya di Pusat Islam Jamiyah pada 13 Jun atau memilih perkhidmatan penghantaran ke rumah pada 13 dan 14 Jun.

Bagi korban di Indonesia, dagingnya akan diagihkan terus kepada Muslim memerlukan di sana.

Jamiyah menawarkan harga istimewa bagi tempahan awal hingga 31 Mac.

Bagi korban di Australia, harga bagi lembu (1/7 bahagian) ialah $300, anak biri-biri $280 dan biri-biri $270.

Bagi korban di Indonesia, lembu (1/7 bahagian) berharga $190 dan biri-biri $175.

Tempahan boleh dibuat untuk ibadah korban, akikah atau nazar.

Marilah kita manfaatkan peluang ini untuk menunaikan ibadah korban dan pada masa sama, menyumbang kepada kegembiraan ribuan keluarga memerlukan.

Cara membuat tempahan korban atau mendapatkan maklumat lanjut:

– Imbas kod QR tersedia

– Hubungi 6743-1211

– Kirim WhatsApp ke talian 9115 1211

Untuk menyokong Jamiyah atau membuat tempahan ibadah korban, sila imbas kod QR ini.
Untuk menyokong Jamiyah atau membuat tempahan ibadah korban, sila imbas kod QR ini. -
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg