Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jawatankuasa NDP beri amaran terhadap jualan tiket $100 dalam talian

Jul 15, 2024 | 9:28 AM
Jawatankuasa penganjur Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2024 memberi amaran bahawa tiket acara perbarisan dan pratonton sama sekali bukan untuk dijual atau ditukar.
Jawatankuasa penganjur Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2024 memberi amaran bahawa tiket acara perbarisan dan pratonton sama sekali bukan untuk dijual atau ditukar. - Foto TM

Jawatankuasa penganjur Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2024 memberi amaran pada 12 Julai bahawa acara perbarisan dan pratontonnya sama sekali bukan untuk dijual atau ditukar.

Amaran itu dibuat selepas tiket NDP dikesan dijual dalam talian dengan harga $100 setiap satu. Tetapi apabila The Straits Times memeriksanya pada pagi 13 Julai, beberapa penyenaraian telah dipadamkan daripada platform seperti Facebook dan Carousell.

“Kepada sekalian pengikut, kami dimaklumkan bahawa terdapat tiket NDP dijual di platform dalam talian,” kata jawatankuasa eksekutif (Exco) NDP menerusi akaun rasmi NDPeeps di Facebook dan Instagram.

Kenyataan itu mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli tiket sedemikian, sebaliknya menggalakkan pihak yang berminat supaya menyertai peraduan dan tawaran hadiah yang sedang berlangsung untuk berpeluang memenangi tiket perbarisan atau hadiah-hadiah lain.

“Saya melihat tiket ke NDP 2024 dijual dalam talian. Adakah selamat untuk membelinya?” kata soalan yang ditimbulkan di platform AskGov,yang membolehkan orang ramai bertanya soalan dan menerima jawapan daripada agensi pemerintah.

Jawapan rasmi oleh Exco NDP ialah tiket-tiket tidak boleh dibeli melalui saluran yang tidak dibenarkan, kerana ini menimbulkan risiko penipuan.

“Tiket yang diperoleh daripada sumber sedemikian akan dibatalkan, dan mereka yang memegang tiket tersebut akan dinafikan masuk ke tempat acara itu.

“Jika anda menemui sebarang penjualan tiket yang tidak dibenarkan, sila laporkan kepada jawatankuasa NDP 2024 atau kepada pihak berkuasa,” kata jawatankuasa itu.

Satu lagi jawapan kepada soalan yang sama menyatakan bahawa tindakan akan diambil terhadap pesalah yang berbuat demikian.

ST telah menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tindakan tersebut.

Permohonan tiket untuk perbarisan telah pun ditutup. Pemohon yang berjaya sepatutnya telah dimaklumkan antara 21 dengan 25 Jun melalui e-mel, dengan pemberitahuan sedemikian hanya dikirimkan daripada ndp2024@klook.com.

Tiket-tiket tersebut adalah bagi menyaksikan perbarisan utama pada 9 Ogos atau salah satu daripada dua sesi pratonton NDP pada 27 Julai dan 3 Ogos yang mana semuanya akan diadakan di Padang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg