Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Jemaah jadikan masjid bersejarah rumah ‘kedua’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID JAMAE CHULIA

Jemaah jadikan masjid bersejarah rumah ‘kedua’

Masjid masih kekurangan derma, harap sokongan berterusan
Feb 25, 2024 | 05:31 AM



Bermula pada tahun 2016 lagi, Encik Mohammad Nurul Islam Mohammad Tajul Islam, telah menjadikan Masjid Jamae Chulia sebagai rumah keduanya. Pengurus dalam bidang undang-undang warga Bangladesh ini mengatakan bahawa masjid yang dekat dengan hatinya ini amat mengalu-alukan kedatangan jemaah, dari dalam dan luar negara.

Encik Islam berkata beliau akan berkunjung ke masjid ini sekurang-kurangnya enam kali seminggu, termasuk menunaikan solat Jumaat. Beliau yang bertugas di kawasan Chinatown ini juga mengatakan bahawa sejak kerja peningkatan dilakukan, masjid ini kelihatan lebih luas, teratur dan lebih ramai lagi pelancong melawat masjid bersejarah ini.

“Saya telah mengunjungi Masjid Jamae Chulia, hampir lapan tahun lamanya. Setiap kali ke masjid ini, saya dapat mengimbas kenangan manis di negara sendiri dan ini memberikan saya suasana yang tenang dan menusuk kalbu. Walaupun ketika bercuti dan tidak perlu ke pejabat, saya akan tetap datang ke masjid ini untuk beribadah.

“Apa yang pasti, pihak masjid dan ramai jemaah di sini amat mengalu-alukan kedatangan jemaah lain termasuk juga pelancong. Kami semua dapat merasakan ukhuwah yang teguh dan semuanya menghormati satu sama lain,” jelas bapa seorang anak perempuan berusia empat tahun ini.

MASJID LEBIH GAH
SETELAH PENINGKATAN

Menurut Encik Islam, 45 tahun, sejak kerja baik pulih dijalankan, banyak perubahan positif dapat dinikmatinya. Antaranya, pemasangan alat penyaman udara, pengecatan, penukaran permaidani dan jubin baru, perluasan di kawasan luar masjid dengan kemudahan ramp, atau tanjakan, serta kemudahan buat pengguna berkerusi roda dan tempat mengambil wuduk juga telah dibesarkan.


“Sebelum kerja peningkatan ini dilaksanakan, memang ramai yang mengeluh kerana masjid panas dan berbahang, khususnya ketika ia sesak dengan ramai jemaah.

“Selain itu, tempat wuduk di masjid ini juga kini lebih besar dan mudah digunakan. Kawasan di luar masjid kini boleh diakses dengan mudah oleh mereka yang berkerusi roda. Dengan pemasangan permaidani dan jubin baru ini juga, masjid kelihatan lebih kemas dan indah serta mudah digunakan oleh ramai jemaah serta pelancong yang hadir,” tambahnya.

SOKONGAN RAMAI
DIPERLUKAN

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata secara keseluruhan masjid memerlukan $3 juta untuk kerja peningkatan ini. Namun setakat ini, lebih separuh daripada jumlah ini yang dapat dikumpulkan. Di samping itu, beliau juga mengharapkan sokongan yang berterusan agar misi untuk mencapai jumlah yang dikehendaki akan segera tercapai.

Encik Rasheed menambah, Masjid Jamae Chulia bakal dibuka secara rasmi pada tahun ini, namun tarikhnya masih belum dipastikan lagi.

“Pihak masjid masih lagi memerlukan sokongan ramai dan kami masih memerlukan $1.4 juta untuk dana naik taraf ini. Setakat ini, $1.6 juta dapat kami kumpulkan.

“Derma dan projek wakaf akan tetap diteruskan, dan orang ramai yang berhajat ingin menderma, boleh menghubungi pihak masjid atau boleh melakukannya terus melalui dalam talian.

“Pihak masjid juga belum mendapat tarikh yang tepat untuk memastikan masjid ini dibuka secara rasmi. Namun yang pasti, ia dijadualkan pada tahun 2024 ini,” ujar Encik Rasheed Zaman.

Selain itu, Masjid Jamae Chulia juga turut menawarkan jualan kupon amal – nasi beriani berharga $20 dan martabak $10 setiap satu, turut disediakan untuk orang ramai. Nasi beriani amal ini disajikan oleh restoran Taj Authentic Indian Cuisine, manakala martabak dihidangkan dari Victory Restoran.

SUMBANGAN IKHLAS


Sumbangan ikhlas kepada Masjid Jamae Chulia boleh dilakukan melalui:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Kiriman cek atas nama Masjid Jamae Chulia dan dipos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Imbas kod QR kod yang diberikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >