Jemaah S’pura selamat tiba di Arafah
Jun 15, 2024 | 9:15 PM
Lebih dua juta jemaah dari serata dunia termasuk 900 anggota jemaah dari Singapura telah berkumpul di Arafah pada 15 Jun.
Mereka berkumpul di kawasan tersebut, meskipun dibayangi cuaca lebih 40 darjah Celsius untuk melaksanakan wuquf, iaitu kemuncak ibadah haji.
Mereka dijadual berangkat untuk mabit (bermalam hingga pagi) di Muzdalifah dan kemudian ke Mina untuk melontar jamrah.
Berikut adalah sajian gambar hari wukuf di Arafah.
Suasana di Arafah dan Jabal Rahmah pada hari wukuf pada 15 Jun 2024. - Foto EPA-EFE
Jemaah berjalan kaki tiba di Arafah pada awal pagi 15 Jun untuk berwuquf. - Foto EPA-EFE
Jemaah kendalian Jalaluddin Travel & Services kelihatan menjamu selera di kawasan khemah di Arafah pada awal hari 15 Jun sebelum berwuquf. - Foto HALIL HAJI MANSOR
Ketua Delegasi Haji Singapura 2024, Dr Mohamad Maliki Osman (dua dari kiri) kelihatan mendinginkan seorang anggota jemaah dengan menggunakan kipas elektrik. - Foto ERWIN YUHANIS
Jemaah kendalian Jalaluddin Travel & Services kelihatan berzikir di khemah di kawasan Arafah. - Foto HALIL HAJI MANSOR
Laporan berkaitan
Jemaah haji S’pura sihat, selesa wuquf meski cuaca panasJun 15, 2024 | 8:40 PM
Maksud ‘korban’ dalam Hari Raya Korban luas, perlu diperhalusi Jun 12, 2024 | 3:37 PM

