SPH Logo mobile
Langgan|

Dua penunggang motosikal dibawa ke hospital selepas nahas dengan lori di TPE

Dua penunggang motosikal dibawa ke hospital selepas nahas dengan lori di TPE

Aug 16, 2025 | 4:00 PM

Dua penunggang motosikal dibawa ke hospital selepas nahas dengan lori di TPE

Singapura, penunggang, motosikal, hospital, TPE, kemalangan, nahas
Dua penunggang motosikal dibawa ke hospital selepas kemalangan di Ekpreswe Tampines pada pagi 15 Ogos. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK SG ROAD VIGILANTE

Dua penunggang motosikal dibawa ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan di Ekpreswe Tampines (TPE) menuju ke Ekpreswe Rentas Pulau (PIE) sebelum susur keluar ke Seletar Link pada pagi 15 Ogos.

Seorang daripada mereka dalam keadaan sedar, manakala seorang lagi tidak sedarkan diri.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu sekitar 9.20 pagi pada hari tersebut, semasa menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times.

Seorang penunggang motosikal lelaki berusia 30 tahun telah dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri ke hospital.

Seorang lagi penunggang motosikal lelaki berusia 25 tahun pula telah dibawa dalam keadaan sedar ke hospital, kata pihak berkuasa.

Dalam kemalangan itu, sebuah lori sedang dalam perjalanan dengan keadaan jalan raya yang basah sebelum ia kelihatan terbabas dari lorong paling kiri ke lorong sebelah kanan.

Rakaman kamera yang disiarkan di laman Facebook SG Road Vigilante menunjukkan lori berkenaan kemudian melanggar kedua-dua penunggang itu.

Menyusulinya, sebuah topi keledar dilihat bergolek di atas jalan raya di lokasi kemalangan.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg