Jenayah & Mahkamah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gagal pastikan keselamatan anjing di salun: Wanita didenda $10,000

Apr 8, 2025 | 7:26 PM
Vanessa Chiu Yan Er didenda $10,000 pada 8 April 2025. Awal sebelum ini, dia mengaku salah atas satu pertuduhan menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan ke atas seekor anjing.
Vanessa Chiu Yan Er didenda $10,000 pada 8 April 2025. Awal sebelum ini, dia mengaku salah atas satu pertuduhan menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan ke atas seekor anjing. - Foto ST

Selepas mencuci dan mendandan seekor anjing, pemilik kedai dandanan haiwan peliharaan meninggalkan anjing itu di atas meja untuk pergi makan tengah hari.

Namun dia gagal mengikat anjing bernama Fendi itu dengan selamat dengan kunci dua lengan, tetapi sekadar menggunakan tali untuk tujuan itu, lapor The Straits Times.

Fendi kemudian terjatuh dari meja dan terkapai-kapai selama hampir seminit sebelum ia berhenti bergerak.

Demikian berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari salunyang beroperasi dari rumah di bawah jenama Pawkins SG.

Vanessa Chiu Yan Er, 29 tahun, yang sebelum ini mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak perlu kepada Fendi, didenda $10,000, pada 8 April.

Dia juga hilang kelayakan daripada menjalankan perniagaan berkaitan haiwan selama sembilan bulan.

“Semua individu yang bekerja dalam perniagaan berkaitan haiwan, termasuk penjaga haiwan peliharaan, perlu mematuhi piawaian kebajikan haiwan yang lebih tinggi, memandangkan mereka diamanahkan menjaga haiwan pelanggan mereka,” kata Lembaga Taman Negara (NParks) dalam satu kenyataan pada 8 April.

Chiu, yang merupakan pemilik sebahagian salun haiwan peliharaan yang terletak di Serangoon Central, telah mendandani Fendi pada 24 Julai 2024.

Sekitar 1 petang, dia keluar makan tengah hari bersama tunangnya dan seorang lagi pekerja.

Apabila pekerja itu kembali sekitar 45 minit kemudian, beliau mendapati Fendi tidak bergerak dan lehernya tergantung di tepi meja.

Chiu cuba memulihkan pernafasan Fendi sebelum membawa anjing itu ke doktor haiwan, tetapi tidak berhasil.

Peguamnya, Encik Alain Abraham Johns, berkata Chiu sejak itu telah menutup perniagaannya dan membayar balik pelanggan yang mendapatkan pakej dandanan.

Dalam rayuannya, beliau berkata Chiu akur ekoran kecuaiannya, ia telah membawa kepada kematian Fendi, yang didandaninya sebanyak 12 kali sebelum ini.

Dia juga membayar kos perubatan dan pembakaran mayat anjing itu.

Encik Johns menambah bahawa Chiu suka kepada haiwan.

Pesalah kali pertama yang disabitkan kerana menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak perlu kepada haiwan boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda sehingga $40,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg