Jenayah & Mahkamah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guru wanita sekolah rendah dituduh lakukan seks dengan murid lelaki bawah umur

Jul 9, 2025 | 6:49 PM
Guru wanita sekolah rendah warga Singapura berusia 34 tahun dihadapkan ke mahkamah pada 9 Julai dengan pertuduhan melakukan perbuatan seksual ke atas pelajar bawah umur.
Guru wanita sekolah rendah warga Singapura berusia 34 tahun dihadapkan ke mahkamah pada 9 Julai dengan pertuduhan melakukan perbuatan seksual ke atas pelajar bawah umur. - Foto ST

Seorang guru wanita sekolah rendah dituduh melakukan perbuatan seksual terhadap seorang pelajarnya yang berusia antara 13 dengan 14 tahun pada 2019.

Dia menghadapi empat pertuduhan secara keseluruhan, dan dokumen mahkamah tidak mendedahkan sama ada dia merupakan guru yang mengajar pelajar berkenaan ketika melakukan kesalahan itu.

The Straits Times (ST) difahamkan bahawa kes itu melibatkan hanya seorang mangsa. Guru wanita berusia 34 tahun itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah.

Pada 9 Julai, dia didakwa dengan satu pertuduhan melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur dan satu pertuduhan melakukan gangguan seksual.

Wanita itu juga didakwa melakukan dandanan seksual terhadap mangsa dan melakukan perbuatan tidak senonoh ke atasnya.

Mahkamah diberitahu dia didakwa bertemu pelajar yang ketika itu berusia antara 13 dengan 14 tahun, di tempat letak kereta bertingkat sekurang-kurangnya dua kali untuk melakukan perbuatan tidak senonoh yang tidak didedahkan tempatnya pada 2019.

Dokumen mahkamah menyatakan bahawa antara 20 Februari 2019 dengan 8 Oktober 2019, dia didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta dengan memeluk dan mencium mangsa.

Dia juga dituduh duduk di atas riba mangsa dan melakukan hubungan secara fizikal bersamanya.

Pada satu ketika antara November dengan Disember 2019, dia didakwa melakukan seks oral ke atas pelajar lelaki itu, yang ketika itu berusia 14 tahun.

Wanita itu juga dituduh melakukan gangguan apabila dia didakwa menghendap seorang mangsa lelaki dengan menghantar sekurang-kurangnya 18 e-mel yang tidak diingini walaupun diberitahu supaya berhenti berhubungan dengannya.

ST telah mengajukan soalan kepada Kementerian Pendidikan (MOE) sama ada dia masih bertugas sebagai guru.

Kesnya telah ditangguhkan ke Ogos.

Jika sabit kesalahan melakukan perbuatan seksual terhadap budak bawah umur, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda. Kerana melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas kanak-kanak bawah umur, pesalah kali pertama boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda sehingga $10,000.

Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda sehingga $20,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg