Jenayah & Mahkamah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes tipu cip Nvidia: Tiga lelaki bebas dengan ikat jamin

May 2, 2025 | 4:20 PM
Nvidia, cip, tipu
Pihak berkuasa di Amerika Syarikat sedang meneliti potensi pemintasan kawalan eksport terhadap cip termaju Nvidia. - Foto REUTERS

Tiga lelaki yang didakwa dikaitkan dengan pelayan komputer yang mungkin mengandungi cip Nvidia untuk dieksport ke Malaysia, telah dibebaskan dengan ikat jamin dan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka mungkin menghadapi pertuduhan tambahan.

Warga China, Li Ming, 51 tahun, kini dikenakan ikat jamin $1 juta.

Warga Singapura, Alan Wei Zhaolun, 48 tahun, dan Aaron Woon Guo Jie, 40 tahun, masing-masing diikat jamin $800,000 dan $600,000, lapor The Straits Times.

Nvidia ialah pereka cip kecerdasan buatan (AI) terkemuka di Amerika Syarikat.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Phoebe Tan, pada 2 Mei, meminta mahkamah memberi penangguhan 12 minggu bagi ketiga-tiganya, memandangkan siasatan sedang giat dijalankan.

Bagaimanapun, peguam Li sebaliknya meminta kes anak guamnya ditangguhkan untuk persidangan praperbicaraan.

Apabila Hakim Daerah Ng Cheng Thiam, bertanya sebab penangguhan itu diperlukan, DPP Tan berkata kes itu rumit dan Li boleh berdepan dengan lebih banyak pertuduhan.

Peguam yang mewakili warga Singapura tidak membantah cadangan pihak pendakwa.

Hakim membenarkan penangguhan lapan minggu dan kes mereka akan disebut semula pada 27 Jun.

Li menghadapi dua pertuduhan, satu menipu dan satu lagi di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.

Woon dan Wei masing-masing menghadapi dua pertuduhan menipu.

Li dituduh melakukan penipuan ke atas Supermicro, pembekal pelayan, dengan mendakwa pada 2023 bahawa pengguna akhir pelayan itu ialah syarikat yang dikawalnya, dipanggil Luxuriate Your Life.

Dia juga didakwa mengakses akaun bank korporat OCBC tanpa kebenaran untuk membuat dan menerima pemindahan bagi, Luxuriate Your Life, pada 19 Jun 2024.

Woon dan Wei dituduh terlibat dalam konspirasi jenayah untuk menipu dua pembekal pelayan, Dell dan Supermicro.

Mereka didakwa membuat perwakilan palsu pada 2024 iaitu pelayan tidak dipindahkan kepada seseorang selain daripada pengguna akhir yang dibenarkan.

Pasangan itu bekerja di Aperia Cloud Services, syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura.

Wei ialah ketua eksekutif syarikat dan Woon ketua pegawai operasinya.

Siasatan awal menunjukkan pelayan daripada firma Amerika, Dell dan Supermicro, mungkin disematkan dengan cip Nvidia AI, dihantar kepada syarikat yang berpangkalan di Singapura sebelum dieksport ke Malaysia.

Menteri Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam, berkata pada 3 Mac pelayan berkemungkinan besar mengandungi item yang tertakluk kepada kawalan eksport oleh Amerika.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg