Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes tipu cip Nvidia: Ikat jamin hingga $1j bagi 3 tertuduh

Mar 13, 2025 | 4:24 PM
Warga China, Li Ming, ditawarkan ikat jamin sebanyak $1 juta sementara warga Singapura, Alan Wei Zhaolun dan Aaron Woon Guo Jie, masing-masing ditawarkan ikat jamin sebanyak $800,000 dan $600,000.
Warga China, Li Ming, ditawarkan ikat jamin sebanyak $1 juta sementara warga Singapura, Alan Wei Zhaolun dan Aaron Woon Guo Jie, masing-masing ditawarkan ikat jamin sebanyak $800,000 dan $600,000. - Foto AFP

Ikat jamin ditawarkan kepada tiga lelaki yang didakwa terlibat dengan pelayan, atau server, komputer yang dieksport ke Malaysia yang mungkin mengandungi cip Nvidia.

Warga China Li Ming, 51 tahun, ditawarkan ikat jamin $1 juta, manakala warga Singapura Alan Wei Zhaolun, 48 tahun, ditawarkan ikat jamin $800,000.

Aaron Woon Guo Jie, 40 tahun, yang juga warga Singapura, ditawarkan ikat jamin $600,000.

Li berdepan dengan dua pertuduhan – satu tuduhan penipuan dan satu lagi di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer, lapor The Straits Times (ST).

Woon dan Wei menghadapi dua pertuduhan penipuan setiap seorang.

Li didakwa menipu Supermicro pada 2023 dengan mengatakan pengguna akhir pelayan yang dibekalkan pembekal itu adalah syarikatnya, Luxuriate Your Life. 

Dia juga didakwa mengakses akaun bank OCBC tanpa kebenaran pada 19 Jun 2024 untuk membuat pemindahan bagi syarikat tersebut.

Woon dan Wei didakwa terlibat dalam penipuan terhadap pembekal pelayan Dell dan Supermicro, dengan membuat kenyataan palsu pada 2024 bahawa pelayan itu tidak akan dipindahkan kepada orang lain selain pengguna sah.

Mereka berdua bekerja di Aperia Cloud Services, yang Wei adalah ketua pegawai eksekutifnya dan Woon ketua pegawai operasi.

Di mahkamah pada 13 Mac, peguam Li, Encik Wendell Wong, tidak membantah ikat jamin $1 juta itu tetapi menyatakan beliau mungkin mengkaji semula jumlah tersebut pada masa depan.

Beliau juga menjelaskan syarat-syarat ikat jamin, termasuk ‘zon pengecualian’ yang tidak membenarkan Li pergi ke tempat seperti Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Lapangan Terbang Changi, serta saksi yang tidak boleh dihubunginya.

Peguam Wei, Encik Shashi Nathan, dan peguam Woon, Encik Sanjiv Kumar Rajan, meminta ikat jamin lebih rendah kerana mereka adalah warga Singapura.

Pihak pendakwa berkata mereka menghadapi tuduhan serius dan siasatan masih diteruskan. Jumlah terlibat dalam kes Wei dan Woon dianggarkan $250 juta, sementara kes Li dianggarkan melibatkan $140 juta. Kes itu ditangguhkan ke 2 Mei.

Siasatan awal mendapati pelayan Dell dan Supermicro, mungkin berisi cip AI Nvidia, dihantar ke Singapura sebelum dieksport ke Malaysia.

Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata pelayan itu mungkin mengandungi barangan terkawal eksport Amerika Syarikat, yang melarang penjualan cip AI kepada China.

Beliau berkata pihak berkuasa Singapura sedang menyiasat sama ada Malaysia adalah destinasi akhir pelayan itu atau ia dihantar ke tempat lain.

Encik Shanmugam menambah bahawa jika terdapat kenyataan palsu di Singapura mengenai destinasi akhir pelayan itu, ia adalah satu kesalahan di bawah undang-undang negara ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg