Topik diikuti
Pergi ke BHkuLelaki didakwa edar vape, 39 Kpod dirampas di Punggol
Lelaki didakwa edar vape, 39 Kpod dirampas di Punggol
Lelaki didakwa edar vape, 39 Kpod dirampas di Punggol
Seorang lelaki berusia 25 tahun didakwa pada 19 Mei atas dakwaan mengedar vape bersalut dadah etomidate, atau Kpod.
Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata dalam satu kenyataan pada 27 Mei bahawa pegawainya telah menerima maklumat dan menyerbu kediaman Muhammad Danial Mohd Shahri di Punggol pada 17 Mei.
Semasa penggeledahan unit itu, pegawai HSA merampas 39 Kpod, yang disahkan mengandungi etomidate, kata penguasa itu sambil menambah siasatan sedang giat dijalankan.
Menurut The Straits Times (ST), suspek direman seminggu untuk membantu siasatan lanjut.
Kes itu sepatutnya disebut semula di mahkamah pada 26 Mei tetapi telah ditangguhkan kepada 21 Julai.
Di bawah Akta Kawalan Tembakau dan Alat Pengewap, etomidate disenaraikan sebagai bahan psikoaktif.
Jika didapati bersalah, pengimport boleh dikenakan hukuman penjara tiga hingga 20 tahun dan lima hingga 15 sebatan rotan.
Pembekal pula berdepan hukuman penjara dua hingga 10 tahun dan dua hingga lima sebatan rotan.
