Lelaki dijel sogok 4 pegawai Certis $9,000 dalam operasi seludup rokok

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dijel sogok 4 pegawai Certis $9,000 dalam operasi seludup rokok

Feb 3, 2026 | 6:35 PM

Lelaki dijel sogok 4 pegawai Certis $9,000 dalam operasi seludup rokok

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Muhammad Sukaimi Gasali, rasuah, penyeludupan rokok, bayar pegawai certis
Muhammad Sukaimi Gasali dijatuhi hukuman penjara empat tahun tujuh bulan dan denda $5,000. - Foto ST

Dalam beberapa transaksi yang dilakukan sepanjang tempoh kira-kira tiga tahun, seorang operator kren di Pelabuhan Jurong telah memberi rasuah berjumlah lebih $9,000 kepada empat pegawai keselamatan Certis dalam menjalankan operasi penyeludupan rokok.

Dokumen mahkamah menyatakan Muhammad Sukaimi Gasali merancang satu skim rasuah yang teratur dan berskala besar, menyasarkan keselamatan sempadan Singapura dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Tertuduh membina hubungan dengan (para pegawai) dan mengeksploitasi kelemahan peribadi mereka untuk menjadikan mereka rakan subahat dalam penyeludupan,” kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohamed Riasudeen pada 2 Februari.

Pada 2 Februari, Sukaimi, 34 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun tujuh bulan serta didenda $5,000.

Dia telah mengaku bersalah atas beberapa pertuduhan, termasuk tiga pertuduhan rasuah.

Pada hari yang sama, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dua minggu serta denda $1,700 terhadap bekas pegawai Certis, Sri Daniah Abdul Razak, 26 tahun.

Dia diperintahkan membayar denda sebanyak $3,580 selepas mengaku bersalah atas beberapa pertuduhan, termasuk satu pertuduhan rasuah.

Dua lagi bekas pegawai – Mohamad Aziffi Selamat, ketika itu berusia 32 tahun, dan Muhammad Khairul Amir Suhaimi, ketika itu 25 tahun – telah dihadapkan ke mahkamah pada 2025.

Kes yang melibatkan seorang lagi bekas pegawai, Muhammad Haaziq Karudin, 34 tahun, masih belum diselesaikan.

DPP berkata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sebelum ini telah melantik Certis untuk membekalkan pegawai keselamatan ke Pelabuhan Jurong dan Pusat Pemeriksaan Tuas.

Tugas pegawai itu termasuk mengambil tindakan terhadap individu yang cuba menyeludup barangan terlarang ke Singapura.

Mereka juga dikehendaki menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas individu dan kenderaan yang melalui pelabuhan dan pusat pemeriksaan tersebut.

Haaziq sedang menjalankan pemeriksaan rutin di pelabuhan pada lewat 2020 apabila dia berkenalan dengan Sukaimi dan menjadi rakan.

Sekitar awal 2021, Haaziq menghantar motosikalnya untuk dibaiki dan Sukaimi, yang ketika itu bekerja dengan syarikat khidmat kren, GL Crane, membantunya membayar kos pembaikan tersebut.

Selepas itu, Haaziq mula meminjam wang daripada Sukaimi.

DPP berkata:

“Sekitar Julai 2022, (Sukaimi) mendekati Haaziq dan memberitahu dia ingin membawa masuk rokok seludup dari pelabuhan dan meminta Haaziq supaya ‘menutup sebelah mata’ setiap kali (Sukaimi) melalui lorong pemeriksaannya.

“Haaziq memahami perkara ini dengan bermaksud bahawa jika dia menemui rokok seludup dalam kenderaan (Sukaimi), dia tidak akan mengambil sebarang tindakan.”

DPP berkata dalam 26 kejadian antara Ogos dan November 2022, Sukaimi telah memberi rasuah berjumlah lebih $1,500 kepada Haaziq.

Daniah, yang ketika itu bertugas di pelabuhan, mengenali Sukaimi melalui Haaziq pada 2022.

DPP berkata:

“Haaziq memberitahu (Daniah) bahawa Sukaimi meminta pertolongannya untuk hanya menjalankan pemeriksaan secara sepintas lalu ke atas kenderaannya setiap kali Sukaimi melalui lorongnya.

“Haaziq menjelaskan bahawa Sukaimi akan memberikan ganjaran wang sebagai balasan.”

Dalam 20 kejadian antara November 2022 dengan Julai 2023, Daniah menerima rasuah berjumlah hampir $1,400 daripadanya.

Daniah dan Sukaimi diberkas pada Julai 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg