Jenayah & Mahkamah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah tetap 23 Julai bagi sidang prabicara Ong Beng Seng

Jul 8, 2025 | 6:26 PM
Praperbicaraan ke atas Ong Beng Seng pada 8 Julai telah ditangguhkan untuk membolehkan pihak terbabit memfailkan dokumen yang disemak semula.
Praperbicaraan ke atas Ong Beng Seng pada 8 Julai telah ditangguhkan untuk membolehkan pihak terbabit memfailkan dokumen yang disemak semula. - Foto ST

Kes taikun hartanah, Ong Beng Seng, akan dibicarakan semula di mahkamah pada 23 Julai dalam persidangan praperbicaraan.

Menurut The Straits Times (ST), penetapan itu dibuat selepas sidang praperbicaraannya pada 8 Julai, dalam kes yang dikaitkan dengan mantan Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran.

Menurut sistem mahkamah, perbicaraan Ong pada 8 Julai telah ditangguh bagi pihak terbabit memfailkan semakan dokumen.

Butirannya tidak diberikan.

Ong, 79 tahun, sebelum ini dijadual membuat pengakuan bersalah pada 3 Julai.

Tetapi ia telah dijadualkan semula sehari sebelum perbicaraan kerana pihak pendakwa dan pembela memerlukan lebih banyak masa untuk memfailkan hujahan lanjut mengenai hukuman.

Awalnya, Ong ditetapkan untuk mengaku bersalah pada 2 April, tetapi ia ditangguhkan selepas peguamnya meminta dilanjutkan untuk mendapatkan laporan perubatannya.

Jutawan itu didakwa pada 4 Oktober 2024, kerana bersubahat dengan kakitangan awam dalam mendapatkan hadiah dan bersubahat menghalang keadilan.

Di bawah Seksyen 165, adalah menjadi satu kesalahan bagi kakitangan awam menerima apa-apa jua yang bernilai daripada sesiapa yang terlibat dengannya dalam kapasiti rasmi tanpa bayaran atau dengan bayaran yang tidak mencukupi.

Menurut dokumen mahkamah, usahawa itu pada Disember 2022 didakwa mengatur agar Encik Iswaran terbang dengan pesawat peribadi Ong dari Singapura ke Doha.

Penerbangan itu bernilai AS$7,700 ($10,400).

Ong turut didakwa mengaturkan penginapan satu malam buat Iswaran di Hotel Four Seasons di Doha, bernilai $4,737.63, dan penerbangan kelas perniagaan dari Doha ke Singapura, bernilai $5,700.

Dokumen mahkamah menunjukkan Ong didakwa memberitahu Encik Iswaran bahawa Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) telah merampas manifes penerbangan untuk perjalanan Disember 2022.

Ia mendorong Encik Iswaran meminta hartawan itu memberinya bil bayaran untuk penerbangan itu bagi mengelak siasatan.

Bagi kesalahan itu, Ong didakwa bersubahat menghalang keadilan.

Ahli perniagaan itu dikenali kerana membawa Formula Satu (F1) ke Singapura pada 2008 – perlumbaan malam iaitu yang pertama dalam sejarah sukan itu.

Encik Iswaran dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan pada 3 Oktober 2024, kerana antara lain, menerima sejumlah barang berharga daripada Ong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg