Pekerja penghantaran didenda $2,000 kerana tinggal ikan arowana dalam kereta hingga mati

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja penghantaran didenda $2,000 kerana tinggal ikan arowana dalam kereta hingga mati

Mar 6, 2026 | 4:10 PM

Pekerja penghantaran didenda $2,000 kerana tinggal ikan arowana dalam kereta hingga mati

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Seorang penghantar barang didenda atas kesalahan meninggalkan ikan arowana di dalam keretanya sehingga ia mati.
Seorang penghantar barang didenda atas kesalahan meninggalkan ikan arowana di dalam keretanya sehingga ia mati. - Foto fail

Setelah mengambil ikan arowana dari ladang untuk dihantar ke pelanggan, seorang pekerja penghantaran meninggalkan ikan bernilai $1,500 itu di dalam keretanya selama sekurang-kurangnya empat jam, hingga ikan itu mati.

Mohamad Isman Rosli, 26 tahun, didenda $2,000 oleh mahkamah pada 5 Mac.

Isman mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan khianat dengan meninggalkan ikan itu di dalam kereta selama empat jam hingga ia mati.

Menurut kertas pertuduhan yang dilihat Berita Harian (BH), dia didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan 1871.

Satu lagi tuduhan – berbohong kepada pegawai polis bahawa dia telah memulangkan ikan itu ke ladang – telah diambil kira oleh mahkamah.

Menurut kertas mahkamah, Isman merupakan penghantar separuh masa untuk Lalamove semasa kejadian pada Oktober 2025.

Pada 7 Oktober 2025, dia menerima tugasan penghantaran pertamanya melalui aplikasi Lalamove.

Tugasannya adalah untuk mengambil ikan arowana merah Asia dari Fu Long Aquatics dan menghantarnya kepada pelanggan, Encik Sia Wei Hsiang, 40 tahun.

Sekitar 9 malam hari tersebut, Isman mengambil ikan itu dalam beg plastik dari ladang dan sedar bahawa ikan itu hidup.

Sekitar 40 minit kemudiannya pada 9.40 malam, tugasan penghantaran dibatalkan kerana ada gangguan pada aplikasi.

Namun, Isman tidak memulangkan ikan itu ke ladang ataupun menghantarnya kepada pelanggan.

Sebaliknya, dia meninggalkannya dalam beg plastik di dalam kereta selama sekurang-kurangnya empat jam tanpa penjagaan yang betul.

Sekitar 1 pagi pada 8 Oktober, selepas menyiapkan semua penghantaran lain, Isman kembali ke ladang tetapi mendapati ia ditutup.

Dia kemudian membawa pulang ikan itu dan mendapati ia telah mati.

Isman membuang ikan itu ke dalam tong sampah di kawasan kediamannya dan tidak memberitahu ladang ataupun pelanggan mengenai kejadian itu.

Pada 8 Oktober 2025, seorang wakil ladang membuat laporan polis, menyatakan bahawa ikan itu hilang dan Isman tidak dapat dihubungi.

Isman telah ditemu bual oleh polis pada 9 Oktober 2025.

Isman didapati berbohong bahawa dia telah memulangkan ikan itu ke ladang sekitar 11.45 malam pada 7 Oktober 2025.

Akibatnya, polis terpaksa menggunakan sumber untuk menyiasat perkara itu, termasuk memeriksa rakaman kamera polis (PolCam) dan merakam kenyataan lanjut daripada Isman.

Isman mengaku membuang ikan yang sudah mati itu hanya selepas dihadapkan dengan rakaman kamera polis dari blok kediamannya.

Dia telah ditangkap pada 21 Januari 2026 dan dibawa ke mahkamah pada 22 Januari 2026 namun dibebaskan dengan jaminan mahkamah pada hari yang sama.

Isman tidak membuat sebarang ganti rugi kepada pelanggan.

Pihak pendakwaan memohon hukuman denda antara $2,000 hingga $3,000, memandangkan kerugian yang dialami mangsa dan pembaziran sumber penyiasatan.

Bagi pertuduhan khianat, Isman boleh dipenjara hingga setahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg