Seorang lelaki memandu keretanya pada Jun 2022 sejurus selepas mengambil ubat tanpa preskripsi doktor, termasuk ubat batuk, dan akhirnya melanggar bendul tepi jalan.

Muhammad Fahmi Johari, yang merupakan pemandu kereta sewa persendirian, kemudiannya didapati mempunyai lebih daripada 15 bahan ubatan dalam sampel darahnya, yang kebanyakannya boleh menjejas keupayaannya untuk memandu kenderaan.