Jenayah & Mahkamah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu S’pura tendang kereta di JB mengaku salah, didenda $2,760

Jun 12, 2025 | 4:54 PM
tendang kereta, JB, Cheng Kuan Poh
Cheng Kuan Poh mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan aniaya dan menyebabkan kerosakan harta benda dan satu lagi pertuduhan kerana menggunakan kata-kata atau isyarat yang bertujuan untuk menghina kehormatan orang lain. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK VICKY SING

Seorang pemandu warga Singapura yang menendang sebuah kereta dalam kejadian amuk jalan raya di Skudai, Johor telah didenda sejumlah RM9,100 (S$2,760) oleh mahkamah majistret di Johor Bahru pada 12 Jun.

Cheng Kuan Poh, 40 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan aniaya dan menyebabkan kerosakan harta benda.

Dia juga dihadapkan satu lagi pertuduhan menggunakan kata-kata atau isyarat yang bertujuan untuk menghina kehormatan orang lain, yang masing-masing didenda RM4,300 dan RM4,800.

Kedua-dua kesalahan boleh membawa hukuman denda dan/atau penjara.

Hukuman penjara yang boleh dikenakan terhadapnya adalah sehingga tiga bulan untuk pertuduhan pertama dan penjara sehingga lima tahun untuk pertuduhan kedua, lapor The Straits Times (ST).

Cheng, seorang pengurus sumber manusia, telah meminta mahkamah memberi keringanan atas alasan dia tidak pernah melakukan jenayah di Malaysia sebelum ini.

Peguamnya juga memberitahu mahkamah bahawa dia masih bujang, menjaga ibu bapanya yang sudah tua dan mendapat gaji S$2,000 sebulan.

Cheng ditahan polis Johor sehari selepas dia terlibat dalam pertengkaran yang mengakibatkan dia bertindak dengan merosakkan kereta orang lain.

Menurut polis Johor Bahru Utara, sepasang suami isteri warga Malaysia membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 7 Jun.

Pasangan tersebut berkata, mereka sedang memandu di kawasan Tun Aminah di Skudai apabila mendengar beberapa kali bunyi hon daripada kereta yang dipandu Cheng.

Pemandu warga Malaysia berusia 31 tahun, menyatakan hon dibunyikan berulang kali kerana Cheng mendakwa beliau menghalang laluannya.

Kereta Toyota Altis yang dipandu Cheng berdaftar di Singapura.

Akibat pertengkaran yang menyusul, Cheng menendang kereta pengadu, menyebabkan kerosakan.

Polis telah menahan Cheng pada 8 Jun. Pemeriksaan lanjut mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan air kencingnya negatif dadah.

Kejadian itu dirakam dan dimuat naik ke Facebook oleh seorang pengguna dengan akaun bernama Vicky Sing, sekali gus tular di media sosial.

Video yang tular itu menunjukkan seorang lelaki berbaju merah menendang beberapa kali sebuah kenderaan lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg